I appreciate them.

Tuesday 18 August 2015

Jubah Murah RM100.00

Siapa yang mencari jubah dan bajet hanya RM100??

Haaaaa ni nak habaq mai.

Aku dok buat sale ni.

Kain yang aku guna semuanya berkualiti.Bukan kain murah murah nahhh

Antara kain yang aku gunakan ialah HQ santana,HQ valentro,HQ cotton turkish.

HQ santana dan HQ cotton turkish ni korang tak payah iron.Best tak??

cepat pilih dan wasap sayaa sementara stock masih ada!!!

0169188631(DYA)






Jangan lupa LIKE page bisnes aku tau dan follow insta aku. heehe:D

Facebook fan page: HauraaBydya

Instagram : @hauraabydya

Wednesday 12 August 2015

Petua menghilangkan bakteria dan jerawat di wajah.

Assalamualaikum




Okay gais. hari ni aku nak share homemad face toner yang boleh kurangkan bakteria dekat muka kita,dalam masa yang sama boleh kurangkan pertumbuhan jerawat dekat muka.Itu yang paling best betoi dak? 



Dah banyak toner yang penah aku pakai,you named it.Tapi yang ni paling terbaik untuk aku.Aku dah amalkan selama 3 bulan.Dan memang aku nampak perbezaan pada kulit aku.


Memang aku takkan cari toner lain dah lepasni.Body shop ke hape ke.Aku ni pergi kerja naik motor,so korang boleh bayangkan tak berapa banyak kekotoran dah masuk dekat muka aku,asap motor,bas,kereta.Euww.



Kulit aku ni jenis sensitif,kalau stress or kena habuk sikit mesti naik jerawat.pfftt benda yang paling aku tak suka.


Korang jangan memandai nak skip toner dalam amalan skin care korang tau.Sebabnya toner ni sebenarnya boleh buang kulit mati,kekotoran yang ada dekat muka.Paling best kalau toner tu dari bahan yang natural.Lagi bertambah-tambahlah kebaikannya. 


Kalau korang skip toner dan terus pakai pelembab pada muka,ibarat korang lock pelembab tu bersama-sama kekotoran dekat muka.Lepastu senang breakout.Nak ke macam tu?


Sekarang ni ada macam macam jenama toner dekat pasaran,macam-macam chemical yang ada dalam toner tu,kekadang sampai kita confuse nak beli mana satu.Betul?


Jadi aku nak tunjuk dekat korang satu bahan yang murah,tapi berkesan.Telah diamalkan oleh omputih dan telah diakui khasiatnya oleh para doktor.Iaitu menggunakan cuka Apple organic.Cuka Apple organic ni diperbuat daripada apple la of course.Dan dia diperap secara semulajadi sehingga menjadi cuka.


Korang kalau nak buat toner ni,make sure beli yang raw,organic,unfiltered,bukannya beli Cuka Apple Organic yang untuk masak tu.Beli yang organic okay.Sebab organic Cuka Apple Organic mengandungi "the mother",iaitu cloudy stuff yang ada dekat bawah botol kaca Cuka Apple Organic  tu. "The mother" tu sangat penting tau sebab mengandungi good enzymes,bacteria,pectine,minerals.Benda ni semua bagus untuk kulit kita.


Rupanya kulit kita sebenarnya naturally acidic,tapi kita ni yang suka guna macam macam product yang membuatkan tahap acidic dalam kulit kita ni rosak,cehhh cakap macam gaya doktor kan. Acidic tu diperlukan dalam kulit kita sebab nak protect kulit kita dari germs,bacteria and polution.Cuka Apple Organic  ni bagus sangat sebabnya ia akan naturalkan semula tahap acid dalam kulit kita dan buang kekotoran serta kulit mati.


Okaylah we make it simple and short.Cara nak buat Cuka Apple Organic  toner:

1.Beli Organic Apple cider vinegar
Pastikan ia organic dan ada tulis "the mother" dekat packaging dia.Jangan beli Cuka Apple Organic  yang untuk masak tu.Aku beli Cuka Apple Organic  ni dekat Jaya grocer,tapi korang boleh dapatkan jugak di farmasi-farmasi berdekatan.Harganya hanya RM12.90.Murah kan?Macam macam jenama ada.Pilih je but make sure ada "the mother".

Sengaja aku ulang "the mother"  supaya korang tahu betapa pentingnya "the mother". :D

Ha pada yang tak tahu cemane rupa "The mother",boleh tengok gambar dekat bawah ni. Nampak tak macam keladak tu? haaa itula "the mother"




2.Tuang satu sudu Cuka Apple Organic 

Ambil botol kosong,Terpulang korang nak letak berapa sudu,tapi untuk permulaan,better letak sikit(satu sudu besar),lepastu campur dengan air,kalau kulit korang jenis sensitif,korang letak air banyak,dan shake it well.Jumlah air dan Cuka Apple Organic ni bergantung pada kesesuaian kulit korang.So adjust sampai ia sesuai dengan kulit okeyhh.


Add caption

Cara nak pakai Toner 
Cuka Apple Organic  ni,macam korang pakai toner biasa,lepas cuci muka,tuang toner dekat kapas,lepastu apply dekat kulit.Nescaya korang akan nampak dekat kapas tu,keladak keladak kekotoran dimuka.Gittewww nescaya sangat.

Ha yang kekotoran ni adalah dari muka aku sendiri.



Tunggu kulit kering sikit,then yang paling penting make sure sapu pelembab dan minum banyak air untuk mengelakkan kulit anda menjadi kering.Banyak sebenarnya kebaikan Cuka Apple Organic  ni,korang boleh tengok gambar dekat bawah ni.




3 bulan sebelum ni,dekat ibu jari aku,ada macam ketuat ke ape ntah,tapi dalam bahasa omputih,wartz.Wartz ni dia disebabkan bakteria dan wartz ada saluran darah sendiri.Jadi kalau korang korek wartz ni,kulit korang pasti akan berdarah.So apa yang aku buat adalah aku sapu Cuka Apple Organic  dan Alhamdulillah hilang dengan jayanya.
wartz biasanya tumbuh di tangan dan tapak kaki

Kalau korang masih tak percaya dengan apa yang aku bebel ni,boleh checkout youtube,google,dah ramai orang cure penyakit,jerawat,kulit kotor hanya dengan menggunakan Apple cider vinegar.

Click:






Ada terdapat banyak riwayat Rasulullah berkenaan cuka. Berikut antara riwayat yang pernah diceritakan oleh para sahabat;
"Cuka adalah kemudahan bagi manusia" Diriwayatkan oleh Muslim
"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja
Daripada Jabir r.a :"Bahawa Nabi s.a.w pernah menanyakan lauk kepada keluarganya, lalu mereka menjawab: 'Kami tidak memiliki apa-apa, selain cuka'. Baginda pun lalu minta diambilkan, lalu makan dengan berlauk cuka. Baginda bersabda: 'Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka! "(Hadith riwayat Muslim no.2052)
Selamat mencuba!


Sunday 9 August 2015

kahwin muda remaja?kahwin awal?


Assalamualaikum
Sekarang ni seakan akan menjadi suatu trend orang-orang muda nak kahwin awal kan?Bukan aku nak cakap kahwin awal ni tak bagus, sebab aku sendiri kahwin pada umur 24 tahun,suami aku pon sebaya dengan aku.

Aku selalu dapat satu impression daripada non muslim, "orang melayu memang suka kahwin awal ha". Aku anggukkan sahaja.Kalau nak deny macam tak betul pulak.

Bila kita tanya kepada anak anak muda, "dek,kenapa hang nak kahwin awai?hang muda lagi baru 23 tahun kot." Jawapan yang akan diterima adalah "Elok apa kahwin awal,boleh elak maksiat dan kawal nafsu.Kahwin awal kan sunnah nabi." Ya betul aku pernah guna jawapan ni.Ya betul kahwin awal boleh elak maksiat dan kawal nafsu.Tapi adakah cukup alasan itu untuk membuatkan kita kahwin awal? Betul kahwin awal adalah sunnah nabi,tapi adakah kita telah laksanakan sunnah-sunnah nabi yang lain?Kenapa pilih sunnah untuk berkahwin awal sedangkan ilmu didada masih tidak cukup? Kenapa?

DekNon,Kahwin ni bukan setakat nak kawal nafsu serakah je,tapi ia lebih dari itu.Korang ingat kahwin muda ni senang?Korang ingat orang yang kahwin muda ni selalu bahagia hanya sebab korang tengok gambar #kahwinMuda dalam instagram?Adakah korang tahu hakikat sebenar disebalik gambar tu? Kahwin muda,it is easily said than do.

Betul ke kahwin muda ni,darah panas? Ya dek betul sangat,lagi lagi kalau niat korang untuk kahwin hanyalah "nak elak maksiat". Kalau itula reason korang untuk kahwin,maka hentikanlah niat murni tu,sebab lepas kahwin korang akan ada banyak tanggunjawab,kalau niat kahwin korang adalah untuk pikul tanggungjawab jaga anak dara orang,kemungkinan korang tak akan bergaduh hanya sebab perkara kecil.Tapi kalau niat korang entah pape.Maka hentikanlah.HENTIKAN.

Jadi sebelum korang decide untuk kahwin muda,aku nak share dekat korang perkara yang patut difikir sebelum kahwin muda.


1.Adakah korang dah bersedia nak tanggung dosa anak dara orang?



Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 


Selepas akad nikah je,segala dosa yang dulunya ditanggung oleh ayah mertua,akan ditanggung oleh suami.Ingat senang ke nak tanggung dosa orang lain?Yela,isteri yang buat dosa,tapi suami yang kena tanggung.Suam tidak akan masuk syurga selagi mak,adik perempuan,kakak perempuan dan isteri tidak masuk syurga.Walaupun pahala suami tinggi menggunung,tapi kalau tak dapat bimbing ahli keluarga perempuan,dia akan ke neraka.Kesian kan?Isteri yang tak pakai tudung,yang tak jaga aurat,suami yang kena.Sanggup ke?Kalau rasa dah bersedia,teruskan..


2.Adakah korang yakin korang pilih dia kerana Allah?

Korang pilih pasangan atas sebab apa?Cinta? sayang? harta?kecantikkan?
Kalau kahwin kerana harta,korang kena ingat,bila-bila je Allah boleh tarik harta tu.Jadi bila pasangan tak berharta, korang sanggup ke nak stay lagi?
kalau kahwin kerana kecantikkan,ia akan pudar seiring dengan usia.So bila pasangan dah tak hensem/ cantik,korang akan stay lagi?jadi cafilah alasan yang kukuh untuk berkahwin,cinta,sayang,kasih tak cukup untuk dijadikan alasan untuk berkahwin.Kahwinlah kerana Allah,jika kita letak Allah nombor satu dalam hati kita,bila ada masalah kita tidak akan terburu buru buat keputusan atau fikir negative sampai nak bercerai berai.Tapi kita akan fikir "Allah sedang menguji aku."

3.Adakah korang telah kuasai ilmu perkahwinan?

Korang kena tahu yang kahwin ni bukan untuk sehari dua,tapi untuk selama-lamanya.Kalau jodoh korang panjang,korang akan bersama dalam syurga nanti insyallah.Macam aku cakap tadi,perkahwinan ni bukannya cukup dengan kasih dan sayang.Buat suami,korang kena fikir macam mana nak didik isteri supaya menjadi isteri yang solehah,Dah tahu macam mana nak bahagi kewangan?Tahu macam mana nak hadapi kalau korang gaduh besar? Tahu dah macam mana nak hadapi zaman "kawan aku dapat je handphone baru dari suami.Aku takdapat pong", Dah tahu macam mana nak handle?Kalau dah tahu,silakan..



4.Adakah korang selalu bergaduh diawal perkenalan?

Orang muda,darah masih lagi panas.Asyik nak marahhhh je tak tentu masa.Kalau masa bercinta pon dah bergaduh teruk sampai pukul memukul,tak payahlah nak teruskan perkahwinan tu,sebab darah muda tu yang masih membara.Nanti bila gaduh  sikit,naik segala parang dan pisau.Korang ingat benda ni main-main ke?boleh melibatkan nyawa woi.Kalau korang hadapi situasi macam ni.Korang ada dua pilihan.
1.Tunggu masing-masing kuasai ilmu melawan kemarahan
2.Tak payah kahwin dengan orang tu.Cari je lain.

Sebab kebanyakan orang yang bercerai adalah orang muda yang tak dapat mengawal kemarahan.



5.Adakah korang bersedia untuk melihat suami melebihkan keluarganya?

Para isteri kena tahu bahawa syurga si suam selama lamanya berada di tapak kaki ibunya.Jadi sampai bila-bila dia kena taat pada ibu.Kalau masa raya,suami nak balik kampung suami dulu,ikut je.Biar dia bermaafan dengan mak dan ayah dia dulu.Biar dia suci bersih dari dosa dengan mak dan ayah dia.Lepastu baru balik kampung kita.Sanggup dah ke nak tengok keadaan yang macam tu? kalau sanggup,silakan...



Silakan jika dah bersedia..

















Wednesday 5 August 2015

Hadiah Untuk Isteri by ZALORA

Assalamualaikum 
Ha hari jadi isteri dah dekat?Hari anniversary pon dah dekat?pening nak bagi hadiah apa? Takkan setiap tahun nak bagi bear ? isteri dah besaq kot . Sesekali cuba bagi hadiah yang lain,contohnya bagi dia jam tangan.Kalau dia tanya kenapa bagi dia jam tangan,korang jawablah, "supaya sayang hargai setiap masa kita bersama." wahh gittewww sweet cangaddd.

Tapi nak beli jam tangan ni,bukan boleh sesuka beli,korang kena tahu beberapa perkara,yelah takkan korang nak main beli je kan,kalau isteri tak suka,tak ke membazir.

So dekat sini aku akan share dengan korang macam mana nak beli jam tangan untuk isteri.Jadikan ia sebagai guidance tau.

Sekarang ni ada macam macam jenama jam,Ada Adidas,Fossil,QnQ dan macam macam lagi.Tapi macam mana nak tahu kena beli yang mana satu?

Dekat mana nak beli?Carilah tempat yang convenient dan banyak pilihan,contohnya dekat website ZALORA-jam tangan wanita. Banyak sangat jenama dan pilihan yang ada.Macam macam warna dan jenis.Korang boleh pilih,payment,dan jam tangan tu akan dihantar dekat depan rumah.Best kan?

Okay Move on to Tips untuk beli jam tangan,adalah:

1.Pilih Jam Tangan yang sesuai dengan karakter


Kalau isteri korang seroang yang sangat simple,mungkin korang boleh pilih jam tangan yang tak banyak sangat warna atau hiasan,contohnya jam tangan digital dari jenama NIXON ni,satu colour je iaitu hitam dan waktu dekat jam tu jugak senang je difahami.gittewww.BTW korang boleh dapatkan jam ni dari ZALORA-jam tangan wanita tau.Kan senang beli online je,tak payah kalut nak pergi shopping complex nak cari kedai jam.Kalau beli dekat ZALORA,korang boleh duduk rumah makan keropok,sambil tunggu jam tangan korang sampai,lepastu tunjuk dekat isteri,free-free je dapat kiss dari isteri.Romantik tak? 

Kalau nak beli jam tangan yang mengikuti karakter isteri ,bolehlah lawati website  ZALORA-jam tangan wanita.Ada macam macam jenama jam dan design yang boleh dipadankan dengan karakter korang. Gittewww.


2.Pilih Jam Tangan yang sesuai dengan warna kulit isteri
 Bro,korang dah berapa lama kahwin dengan bini korang?Takkan tak tahu warna kulit isteri?Kalau isteri tahu,mahu dia terasa.HAHA:D anyway kalau kulit isteri korang cerah,lagi senang sebab tiada batasan dalam memilih warna,kulit cerah,sesuai dengan macam-macam warna.Tapi akan lebih menyerlah kalau korang pilih jam yang berwarna merah gelap,biru tua atau coklat sebab kontras dengan warna kulit.Nak isteri nampak cantik kan?Apalah salahnya melabur sikit untuk isteri yang penat lelah menjaga korang. :D

Jam warna ni sesuai untuk isteri yang berkulit cerah

begitu juga ini.


okay kalau korang rasa kulit isteri berwarna gelap,dinasihatkan jangan memilih warna yang sama gelap sebab nanti korang tak dapat beza,mana satu kulit isteri dan mana satu jam.HeHe:D

sebaliknya pilihlah warna yang lembut dan neutral macam warna krim,warna emas cair.Memang akan nampak menyerlah dan cantik! Gua tak tipu Bro!
sesuai untuk isteri yang berkulit gelap


 3.Pilih Jam Tangan yang berkualti dan tahan lama
You know guys,we as a woman memang busy gila,nak pergi kerja,jaga anak,kemas rumah,nak masak lagi,lepastu nak uruskan korang lagi.Banyak tau kerja kiteorang ni.Hehe.So bayangkan kalau bagi isteri korang jam tangan murah yang ada gambar mickey mouse,satu RM10.Agak agak korang,akan bertahan tak jam tangan tu dengan tugas isteri yang sangat banyak tu?Seeloknya beli jam tangan yang berkualiti dan tahan lama,mahal sikit takpe asalkan tahan lama.Kalau beli yang murah,tapi cepat rosak,buat apa kan?Lagi membazir duit.jadi belilah barangan yang berkualiti,lagilah isteri korang akan rasa disayangi.Sesekali berkorban untuk isteri apa salahnya kan?


Aku rasa jam tangan ni melambangkan romantik.


Okay Guys,Itu sahaja tips yang boleh aku kongsikan dengan korang semua.Semua koleksi jam tangan online dalam entri ni,korang boleh dapatkan di website ZALORA .Gerenti puas hati! Lepas beli isteri pon makin sayang.

Okay guys,Selamat memikat isteri!pikat isteri aje bukan isteri orang lain. hikhik :D