I appreciate them.

Friday 28 October 2011

Seram.Rumah dan Kawasan sekitar shah alam


 
 
CAK SEMUA!!!



Eh entri Seram?Lama betul Blog dya tak buat entri seram kan?Yela Korang ingat kerjaya aku mencari hantu 24 jam lepastu upload cerita dekat blog ke?Blog aku bukan cerita pasal hantu-hantu je,tapi ada jugak cerita pasal kisah hidup aku yang best tu.Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca setia yang menunggu entri seram daripada aku yang sebenarnya kisahnya takdelah seram sangat.Tapi seram jugakla sampai korang takut nak tidur sorang malam ni.Boleh ke macam tu?*Sambil senyum sinis.

Sebelum tu,lupa nak tanya,korang apa khabar?Okay tu je aku nak tanye.Kbai.

Berbalik kepada cerita aku ni,Aku kan dah lama tak buat aktiviti yang macam ni disebabkan kesibukan dan sebab takde geng yang satu kepala untuk pergi.Nak dijadikan cerita aku pon menyatakanlah hasrat aku untuk pergi dekat housemate aku,Fiza,dia cakap "jomla.Tak kesah".Rupanya dia pon satu kepala dengan aku jugak,dulu Fiza ni belajar dengan Kolej shahputra,Kuantan,Kalau dia tension belajar,dia akan pergi macam-macam rumah untuk release tension dan saja je nak mendapat kepuasan sama macam aku cuma bezanya dengan aku adalah aku tak pernah release tension dengan pergi rumah-rumah camni,aku pergi sebab terADDICTED.Fiza ni senang nampak makhluk halus tau.Nak tahu kisah selanjutnya?Boleh sabar dan baca sampai habis tak?


Malam jumaat semalam,pada jam 9.30 malam aku saja meronda sorang-sorang dekat area seksyen 2,Korang tau kan yang area seksyen 2 adalah perumahan terawal dekat shah alam,so banyakla rumah yang kosong dan tak ada lampu jalan ditambah dengan pokok yang banyak,tinggi dan seram.Aku saja je pergi sensorang sebab aku nak tau apa rasanya bila pergi tempat-tempat macam ni bila tak ada teman.Herm memang seram aku cakap kau.Aku ronda cari lokasi rumah best dan aku tengok banyak kali.Bila dah confirm rumah mana yang aku dan Fiza nak pergi,baru aku amek Fiza dan kiteorang mulakan operasi pada tepat jam 12 malam.



Lokasi pertama yang kiteorang pergi adalah rumah corner lot seksyen 2,Rumah ni sederet dengan rumah yang dikatakan berhantu sebelah sirim tu dan rumah tiga segi.Herm rumah tiga segi tu pon ada cerita yang tersendiri tapi sekarang dah ada orang duduk.Rumah yang kiteorang pergi ni memang agak seram,dinding dia warna hitam,barang-barang semua bersepah,standard rumah tinggal la kan,pokok tinggi memang berlambak-lambak.Ada pokok pisang jugak.Aku pelikla asal rumah yang seram dan anker je mesti ada pokok pisang.Mungkin pasal cuaca kot.Sorrylah aku dah lama tak belajar sains so aku tak ingat.Kawasan perumahan ni sangat sunyi,jiran sebelah pon macam buat taktahu je.Aku nak panjat tapi macam tinggi pulak,and memang aku dah rasa lain macam,Dekat sini aku dapat tangkap gambar orbs dekat balkoni je,Mungkinkah benda tu tengah mengintai kiteorang di balkoni tersebut?Entah


Lepastu kiteorang singgah jap rumah sebelah bangunan sirim yang ada kisah tersendiri tu,
Penghuni sebenar rumah ni adalah family cina dan ada perkara yang terjadi, tapi aku tak tau apa,ada yang cakap kes bunuh,entahlah.Lepastu rumah ni terbiar lama,Bila ada orang sewa,mesti sekejap dan akan keluar balik sebab dieorang asyik kena kacau je.Ada yang sewa rumah tu dan bila bangun pagi badan calar balar,kena pindah tempat,bila malam je macam riuh ada party tapi sebenarnya kosong,tak ada orang,Rumah tu pernah dijadikan tempat belajar english dan sekarang dah jadi pejabat dah,so setiap pagi korang akan nampak kereta dan staf-staf dekat situ,tapi jam 7malam je,senyap sunyi rumah tu.Gelap gelita.




Lepastu kiteorang pergi ke rumah tinggal di seksyen 3 berdekatan dengan Caltex pulak.Rupa rumah ni macam rumah tinggal seksyen 2 tu,tapi bukan dan tapi lagi rumah ni seram jugakla.Kiteorang berhenti tepi jalan dan oleh sebab kereta kat situ asyik pandang kiteorang,kiteorang blah dari situ.Jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi.Cewaahh macam buat karangan pulak.Fiza ni tak pernah pergi banglo kayangan seksyen 12,so aku nak bawak dia jalan-jalan dekat seksyen 12 tu,lepas dah tunjuk kiteorang pusing mencari rumah besar yang lain.Kiteorang pergi ke rumah belakang banglo kayangan,hajat hati nak masuk,bila nak masuk je,ada je lampu-lampu berdekatan rumah tu menyala,camno nak masuk?Lepastu kiteorang stay luar rumah tu sambil setting camera dan tiba-tiba Fiza cakap "serious ada benda tengah tengok kita skang ni Dian dekat celah-celah pokok kat rumah tu".Heh aku terkejut jugak tapi aku tak nampak,yang aku nampak adalah benda melintas di belakang kereta aku.


Jalans seksyen 12

Lepastu kiteorang meronda satu seksyen 12 tu dan capture gambar jalan seksyen 12,Seksyen 12 jugak adalah kawasan terawal di shah alam dan dipercayai kawasan tu sering menjadi kawasan pembuangan makhluk halus.Wallahualam.Macam-macam jenis rumah yang kiteorang jumpa,tapi satu rumah yang menarik perhatian aku adalah istana tinggal milik Tunku Andika,memang besar dan antik.Hajat hati nak masuk,tapi dinding tinggi,pagar berkunci yang aku berangin tu,jiran dia tak reti ke nak tutup lampu luar,semua nak menyala,macam mana kiteorang nak buat kerja ni?*Hehe.Then kiteorang tunggu kawan Fiza sampai,Nama dia Zak.Zak ni lagilah ada benda follow dia dari dia kecik,Nak cerita lebih-lebih tak boleh sebab aku tak dapat kebenaran dari dia untuk cerita kisah hidup dia dekat blog aku,yang pastinya Zak dan Fiza sama-sama pernah kena rasuk.Sekali kena rasuk,memang senanng benda tu nak masuk lagi.Ye dak?Pukul 2 lebih aku amek Zak dekat rumah dia,dan sekali lagi aku bawak mereka ke banglo kayangan seksyen 12.

Aku nak masuk rumah tu buat kali kedua,Tapi si Zak ni tersuluh benda tu dekat banglo kayangan tu,terus dia cakap "aku tak ada keberanian nak masuk".Fiza cakap first time Zak tak berani masuk sebelum ni dekat kuantan dia berani je siap masuk rumah Mona Fandey dekat Kuantan.Then boleh tak zak nampak lagi benda tu tengah jenguk kiteorang dekat Balkoni?Zak cakap benda tu beralih-alih tempat,Zak suluh dekat Balkoni tu,Fiza nampak tapi aku tak nampak sebab aku ni jenis yang boleh nampak secara tiba-tiba dan boleh rasa je kehadiran benda tu.Tapi dieorang ni rare.Terfikir jugak aku,kalau Fiza ngan Zak kena rasuk,aku kena buat apa?Lari ke tolong?*Haha.Tak sampai berapa minit,Dieorang dengan ada gema dekat dalam rumah tu.Macam biasa aku tak dengar,tapi aku rasa panas di muka dan tangan aku,aku mengiggil,Fiza cakap masa tu aku dah lain.Lain macam mana?Aku sendiri tak perasan.


Jam dah menunjukkan 2.30 pagi.Lagi setengah jam nak 3 pagi,waktu benda tu aktif.Zak cakap ada satu rumah agak besar di seksyen 3,Kiteorang pon pergi mencari dan yes rumah tu memang seram.Memang seram,Boleh tak yang tiba-tiba si Fiza nampak benda tu di celah semak samun dan tiba-tiba dia nampak dekat cermin tingkap benda tu tengah jenguk secara perlahan.Fiza cakap memang seram.Zak pon nampak tapi di cermin yang berlainan.Aku nampak apa?aku pulak nampak ketakutan di muka aku sendiri.Herm masa tu kepala aku rasa dicucuk-cucuk dan  leher aku rasa berat,lenguh.Fiza pulak rasa ngilu di belakang badan,dia kata satu rasa yang susah nak diterangkan sebab dulu pon dia pernah kena macam ni jugak.Cerita Fiza dan Zak lagi scary,tapi aku tak tanya dan tak dapat lagi permission dieorang untuk cerita lebih-lebih pasal apa yang dieorang alami,Nanti aku try tanya eh kalau korang nak baca la.

Macam biasa tips lepas tengok dan pergi tempat-tempat macam ni,lepak dulu satu tempat selama mana yang korang nak,supaya benda tu tak ikut korang balik.Meh aku nak cerita sikit,ada sorang lelaki ni,dia suka jugak pergi tempat yang macam ni,then lepas buat aktiviti ni,dia lepak kedai mamak,kawan dia boleh pulak nampak benda tu dekat belakang Lelaki ni.Lama la jugak benda tu dekat belakang lelaki tu,lama-lama dia hilang.Siapa lelaki tu?kawan ex aku,See kepentingan melepak disitu?


Aku dan Fiza sampai kat rumah jam 3.30 pagi..masa aku dalam toilet,aku dengar macam Fiza bercakap dengan kawan aku,dia cakap "Linda,tidurla dalam bilik" sebab masa tu Linda tidur dekat luar.Aku pelik dan aku tanya Fiza tapi dia tak cakap apa-apa pon sebenarnya dan Linda tengah syok tidur dekat ruang tamu.Herm?

Boleh tak aku nak cerita dekat sini yang haritu aku tidur sorang-sorang dalam bilik rumah sewa aku,jam 3.30 pagi aku dengar ada bunyi gelang kaki,macam bunyi emas,entah susah aku nak explain,yang pastinya budak rumah aku takde sorang pon pakai gelang kaki dan masa tu semua tengah tidur.Sebenarnya aku ni selalu terjaga tepat jam 3 pagi,pernah sekali aku dengar bunyi siulan betul-betul sebelah telinga aku,aku sendiri tak tahu kenapa.Nak percaya,silakan,taknak percaya sudah.

P/S:Fiza cakap sebenarnya tak elok tidur dalam gelap sebab benda tu suka.Dahlah aku ni kalau nak tidur,memang kena dalam gelap.So korang sebenarnya dah boleh tidur betul-betul bawah lampu neon.kbai.

P/S:kat mana lagi ada rumah hantu selain tempat-tempat yang aku pernah pergi sebelum ni?kalau tahu,tolong email atau comment dekat sini,Tapi pastikan kawasan tu sekitar lembah klang.Kbaibai.

P/S:Dalam episod kali ni 2kali aku nampak ada benda melintas di belakang kereta aku.Hesh kbaibaibai.

32 comments:

fatin syamimi abdul rashid said...

ish . dya ni suka taw nak p tmpat2 mcm tuh . dah dah . xyah g dah

Haris Adams said...

sah..kete u la yg i nmpak kt pusat komersial aritu..ada tulis dya mohamad kt blakang..hehe..brani betul eh..

Cangkul Emas said...

serammmnyerrrrrr...
keh keh keh..
aku suke tapi x de keberanian laa..

zuar said...

huii..berani betul la minah ni g tempat2 cmni.tp suke ni seram2 ni.huhu

norie said...

haish. kak izaa tak akan pernah berani nak g tempat cam tu..kalau lalu pon pejam mata kot. kbai.

Azzah said...

tak sanggup nak pergi..ni pun nasib baik baca siang..malam tadi tak berani..:)

hendra said...

hmm... aku setuju area shah alam mmg byk rumah tinggal. cuba try area melawati lak. bangunan tinggal ni kalau x manusia yg duduk, haiwan yg duduk, kalau x haiwan biasa la makhluk2 lain la yg duduk. kalau dya ada bran terdtg jb bole la try masuk kemayan city atau pasifik mall. Org cite la bkn aku dlm tu ada zombie.... ye ke? xde la acah mak enon. tapi dlm tu mmg ada makhluk. apa2 pun zak dgn fiza tu mesti byk cite yg bole dikongsi. pe2 pun I LIKE.

Anonymous said...

tak elok pergi tempat macam ni . dulu aku dengan member aku dah pegi banyak tempat seperti kubur, rumah ,jalan mcm uluyam dll ,hutan kecil . biasa la habis sekolahkan tak tau nak buat apa . macam2 pengalaman jugakla kitorang ada . kau perempuan pastu yang pergi pon tak ada orang yang boleh settle kalau ada masalah kalau kena apa apa camna kan . 1 lagi rumah kosong ni biasanya banyak mat pet . kalau kena apapa2 situ gelap takda orang nak tolong . lagi satu sekarang kes samun dan lain lain banyak macam2 possibility ada . pikir betol2 dulu bila nak pergi . kandang2 sekali dua lepas . tapi lain kali kita tak tau . lagi 1 sekali kalau benda tu dah suka . dia akan ikot kau . lepas tu baru kau tahu sebab apa orang cakap jangan pegi tempat2 macam ni . tapi aku cerita bedasarkan pengalaman . renung2kan lah

Razil Tahir said...

hm... rumah conner lot dekat dengan Sirim? aritu aku tgh rushing, aku gi la jalan kaki sensorang dri PKNS tue gi seksyen2 yg ade kedai makan bebanyak dpn uitm tue...
msti lalu rumah nie...
tp aku tak terpikir la bnde2 cmtu... huuuuuu...

mimie shahira said...

Sys ade pergi kawasan2 camtu lagi tak ? Kalau pergi , cepat sikit update . Sy hari2 tunggu entry psl nie . Hehe ^_^

Nyamuk Terbang said...

gila seekers nie

Kamil Izhari said...

suspen je cerita...
buat aku x jd nak pindah umah kat SA..haish..!!
nway, nice story yea.
=D

dya mohamad said...

mimi-ala nanti mimi ikut akk lg ea.hehe

dya mohamad said...

cangkul emas-ala aku pon takut-takut berani je pon.kehkeh:D

dya mohamad said...

haris adams-hahaha sah lah tu.tahniah anda menang hadiah.sila tuntut eh.hahah

dya mohamad said...

zua-takdela brani mane.zuar try la g..

dya mohamad said...

izaa johari-camne kak izaa lalu smpai tutup mata?camne kak izaa lalu kalo tak nampak?hehe

dya mohamad said...

azzah-nnt try baca mlm ea.huhu

dya mohamad said...

hendra-area melawati ada bangunan tinggal?Kat mana?

dya mohamad said...

cik anon-terima kasih utk nasihat tu(:

dya mohamad said...

razil tahir-hhuuhu.mgkn masa ko lalu umah tu ade org kot

dya mohamad said...

mimie shahira-ni paling latest.akk busy blaja kalo ade mse terluang.akk g(:

dya mohamad said...

nyamuk terbang-haha:D

dya mohamad said...

kamil izhari-haha smpai tk jadi nak pindah plak.shah alam okay jela weyy

sheila lalala said...

pic yg 1st pon bley wt gugur jantung. siot! haha

Amirul Agam said...

kalau dekat jb,ade satu villa.. villa ni semua orang jb tahu. villa nabila.cube search dekat utube. mase bulan puasa hari tu.saya dgn kawan ade pergi.tp yg xbestnye.kami xbwak camera.camera phone xjelas.yela .. pergi xde perancgan.main pergi.

Dee syggs said...

Hye, nice blog. Btw, i saje search cerita banglo kayangan sbb semalam malam jumaat ada pergi juga. Tp tak de keberanian la nak masuk. Urmm, haa, ada satu tempat yg seram dekat shah alam. Tempat tu tak de org tau kot, tp sesetengah org je tahu. Nama tempat tu adelah "kampung hantu" yg terletak dkt seksyen 13. Laluan dia terletak dalam dan sempit dan akan menaiki bukit. Mmg seram. Cubalahh pergi. Hee

Anything, just email me daya.rawk123@yahoo.com

Dee syggs said...

Salam, nice blog you ;)
Btw, td search tentang cerita2 kisah seram rumah di shah alam. Tuh yg terbaca story dri blog ni. Best. Urmm, selain rumah2 yg seksyen 2,3,12 ada lg satu tempat yg agak seram juga. Tempat tu, org gelar "kampung hantu", kenapa digelar mcm tu, sy sendiri tak tahu. Tempat tu terletak di seksyen 13. Mmg seram. Laluan situ sangat gelap, takde lampu jalan, jalan sempit, mmg jauh terletak dari rumah. Cuba la try. Anything, just email me daya.rawk123@yahoo.com

Unknown said...

Hye saya duduk di shah alam..tapi admin tau tak pasal rumah seksyen 13 atas bukit belakang libary..sbb situ kelihatan ade rumah lama aritu try usha ngan membe ade gakla penghuni halus di situ..ade 2 gerbang ats bukit tu

Unknown said...

Hye saya duduk di shah alam..tapi admin tau tak pasal rumah seksyen 13 atas bukit belakang libary..sbb situ kelihatan ade rumah lama aritu try usha ngan membe ade gakla penghuni halus di situ..ade 2 gerbang ats bukit tu

MinYoung said...

hi .. sye ske sgt bce blog kak dya .. best .. saya nk jugk g tmpt2 yg horror mcm kak dya pergi tpi malangnye sye xde permission sbb umur sye bru je 15 .. jelezz dgn kak sya .. postla byk lg blog .. best bce!!

Unknown said...

Ade nmber fon owner umah ni x? Sy nak.