I appreciate them.

Thursday 14 July 2011

Seram memang Seram!Anjing memang Anjing!

Memang heaven gila di waktu malam,kereta korang dikejar oleh anjing,dan korang sebagai driver,korang boleh nampak dekat cermin sisi,lagi bertambah best bila korang cuba lari dari anjing tu tapi korang jumpa jalan mati,terpaksa korang buat pusingan untuk teruskan pelarian.Best tak?Ini yang terjadi dekat aku kelmarin.Nak tahu cerita selanjutnya?Jom teruskan bacaan anda.

Pada pukul 6petang kelmarin Aku,dan 3 lagi sahabat aku dah merancang nak pergi ke kawasan yang keras,ala,kawasan berhantu la der apa lagi,Yang dah baca blog aku dan entri aku yang sebelum ni,semua akan tahu yang aku pernah pergi ke rumah tinggal berdekatan dengan highland tower,kalau korang tak pernah baca,boleh klik SINI.Aku memang suka buat benda yang macam ni,kadang-kadang tu aku fikir nak buat team sendiri pulak,tapi tak best la kalau dalam team aku tu 2orang je yang join kan.

Sambung cerita aku,dalam adventure kali ni,ada 4orang yang ikut,2orang perempuan termasuk aku,dan 2orang lelaki.Aku bawak 2orang lelaki sebab dieorang ni lebih tahu tempat-tempat yang menyeramkan dekat KL ni.

Destinasi pertama kiteorang adalah Mimaland,batu 11,gombak.Nak ke Mimaland ni.Korang perlu hati-hati sebab kena naik bukit yang mahatinggi dan jalan tu berlubang-lubang.




Korang tau tak mimaland tu apa?Tahun 1990 iaitu tahun kelahiran aku,Mimaland ni famous gila.cuba korang tanya parents korang mesti dieorang tahu,Masa ni Mimaland dianggap macam Sunway Lagoon and Jurassic Park la.Tempat ni besar gila woooo.Tapi pada tahun 1994,Mimaland terpaksa ditutup sebab tanah runtuh,ada budak mati lemas dan dikatakan patung-patung kat situ bergerak pada waktu malam.Heh.


Sampai je kiteorang dekat Mimaland,Kiteorang sangat kecewa sebab dah dipagar,taktau celah mana kiteorang nak masuk,kiteorang curi-curi tangkap gambar dalam Mimaland tu,dalam masa yang sama kena hati-hati sebab ada seorang cina tinggal dalam tu bersama anjing dia yang super banyak!So kiteorang hanya mampu amek gambar entrance Mimaland je.


Mak bapak anjing








Senior aku cerita,sekarang ni Mimaland dah jadi macam  dua alam,maksudnya,dalam Mimaland tu ada alam kita dan alam benda tu,kalau tersalah langkah boleh termasuk dalam alam tu,Kau nak?Silakan.Aku taknak.





Dari kiteorang buang masa tengok benda yang tak boleh masuk,Jam dah menunjukkan pukul 7,waktu maghrib.Jom kita bergerak ke tempat yang lain,Setelah dibincangkan,Kiteorang nak ke rumah doktor yang kena bunuh di jalan Bukit Tunku.Rumah ni berdekatan dengan jalan duta.Jalan nak ke rumah doktor ni pon ada cerita dia yang tersendiri,Nak tahu?Baca lah sampai habis okay.



Halaman rumah ni memang sangat besar.Rugi je ditinggalkan macam tu je kan?Bila kiteorang sampai je dekat pintu gate rumah ni,azan maghrib berbunyi,ha,memang elok la,waktu maghrib memang benda tu aktif kan.Mula-mula kiteorang parking kereta elok-elok dulu,kalau ada pape,senang nak blah,tapi sebelum aku melangkah keluar dari kereta aku,aku nampak ada satu benda putih laju je dia lari,sekilas je.Aku tegamam sekejap.Tapi aku taknak cerita lagi dekat kawan-kawan aku,takut misi kiteorang tak berjaya.





Aku,2orang lagi sahabt aku yang masuk,memang seram gila rumah ni wey.Naik bulu tengkuk aku.Rumah ni ada swimming pool ,perabot-perabot dah disusun rapi dalam rumah,ada jugak garage kereta.Banyaklah jugak gambar yang aku amik,kiteorang kena hati-hati jugak sebab tempat ni keras kan.Tiba-tiba senior aku cakap "jom balik diana".Lepastu dia cakap kalau nak cerita,tunggu kita blah dari tempat ni.Dah lepas blah,Dalam kereta aku,semua open cerita,senior aku yang ikut aku naik rumah tu cakap,mula-mula lagi dia dah nampak benda hitam dekat gate nombor dua,senior aku yang duduk dalam kereta tunggu kiteorang tu nampak benda putiih berdiri dekat gate pertama.Aku ingat aku sorang je nampak rupanya dieorang pon sama.Haih.Seram dehh.




Garage kereta

grill masuk 

Dah malam,kiteorang decide untuk lalu Jalan Girdle,dekat je dengan jalan Bukit Tunku ni,Ha.Kalau semua jalan dekat KL ni macam ni,agaknya,semua orang duduk dekat rumah je kot taknak keluar.Jalan Girdle ni sangat sunyi kiri kanan penuh dengan semak samun je.Ada sekali tu,aku drive macam biasa dan ada satu lampu jalan yang tak menyala bila aku jalan je dia menyala.Aku pon pelikla.Nak kata sensor lampu tak jugak sebab bila aku lalu lagi sekali dekat situ,lampu tu tak menyala.Heh?Rupanya senior aku pon pernah alami perkara macam ni jugak waktu 2 pagi.Aku tak berani nak cakap banyak-banyak.Tapi itulah yang aku alami.Kalau satu lampu tu ada sensor,kenapa bila aku lalu banyak kali bawah lampu tu,lampu tu tak menyala??

Okay done segala persoalan,kiteorang teruskan perjalanan ke Rumah TNB bukit tunku,Kiteorang cuma sempat lalu je dekat situ,sebab tempat tu tepi jalan je pon.Aku pon berhenti lah betul-betul depan rumah tu,aku tak sempat amek gambar  sebab senior aku dah cakap "dah dah.jom blah.Baru je sebut pasal benda tu,benda tu dah keluar.Jom Jom!".Aku yang drive,aku lagi gelabah.

Dipendekkan cerita,aku ni tak puas tengok rumah doktor tu,so aku patah balik ke rumah tu,time aku nak masuk simpang,ada ANJING menyalak dekat kereta kiteorang dan kejar kereta kiteorang sampai ke rumah doktor tu,dahlah depan tu jalan mati,kiteorang semua jadi gelabah,aku terpaksa buat pusingan dekat rumah doktor tu,Seram!Mata anjing tu merah,masa kiteorang buat pusingan tu,anjing tu betul-betul depan kiteorang dan kiteorang perasan telinga anjing tu tinggi dan menyalak sambil pandang dalam kereta aku ,lepastu anjing tu terus lari ketakutan!WTH!What actually happen?Adakah dia nampak sesuatu dalam kereta aku?Okay aku nak bagitau sebenarnya aku ada nampak bayang-bayang belakang kereta aku,tapi aku tak bagitahu kawan-kawan aku sebab aku takut dieorang takut.Done.

Pukul 11malam,aku dan seorang lagi kawan aku decide nak ke rumah banglo tepi highland tower yang pernah kiteorang pergi dulu.kali ni kiteorang pergi dua orang je sebab dua orang lagi senior aku nak balik.Dulu pergi waktu siang sekarang waktu malam.Nak drive sampai ke situ je,jantung aku dah berdegup kencang.Heh memang terbaiklah kan,sampai je rumah tu aku kena buat highbeam sebab memang gelap gila.Tiba-tiba tak sampai 2minit kawan aku cakap "Allahu akhbar" dan dia suruh aku drive dan blah dari situ.Then bila aku tanya dia,dia cakap dia nampak something dekat pokok,Warna apa?Warna putih.Sekian.


Korang cakap benda ni merepek dan korang tak percaya dengan apa aku cerita?Apa kata korang pergi sendiri dan rasa sendiri sebab malam tu aku tak boleh tidur dan aku ada dengar suara garau dekat dalam bilik aku selama 2saat.Kawan aku pulak cakap masa dia sampai rumah je,bapak dia nampak ada seseorang belakang kawan aku dan muka dia macam kawan aku jugak.Tak percaya?Terpulang.


P/S:apa lagi semua blogger dan semua followers aku,Jom kita buat team mencari hantu nak?Mencari hantu okay,bukan mencari cinta!

93 comments:

iqmal said...

terrbaekkk!!!

dya mohamad said...

iqmal-Maseh(:

Dhiya Fariza said...

wooooot meremang baca!

dya mohamad said...

Dhiya fariza-meremang?hee:)

Anonymous said...

sgt best+extreme dya :D
mmbe2 ade ckap kalo nk pergi buat seekers camnih kena pergi dengan bilangan genap xboley ganjil?
mcm dya mula2 pegi dua orang pastu empat orang.
kalo 3 orang cmner? hehe ada apa2 pndangan x pada teori nih?

Skeldeck Siddik said...

berani ea masok....gud2..terbaik!!!

Unknown said...

lepas nie buat rakaman video pulak...

Anonymous said...

perrrgh,beraninya Dya...nak itot jugak misi tuh.haha.tapi seram siot baca entry nih.cheqwa xpenah nmpak hantu depan mata lagi... :/

dya mohamad said...

cik anon-taktaula pulak dya.tp yg dya tau jgn g ramai2 ah mmg benda tuh pon tkt nak kua

dya mohamad said...

skeldeck sidik-takdela brani mane.tp minat kan.tu yang masuk tu(:

dya mohamad said...

man-mmg nak buat vids.tp kamera dya takbest sgt la

dya mohamad said...

cheqwa-tkt an bile nampak.smpai tergamam.tp senior dya asyik ckp kalo dpt jmpe rezki.setiap manusia akn mengalami pengalaman nmpak bendatu walaupun sekali kalo tak tk ckp peranan dia sbg manusia.Haaa.Jengjengjengg.Cheqwa tunggu je:P

sheila zainuddin said...

diana nk gle! jgn mimpi r kn klo nk ajk i ikut. pdhl mse korg psg cte antu kt blk pon i spare nges takot. hehe.

fuad said...

minat bebenor erk..mtak2 ade rezki jumpa skli kan...amin.he3

Anonymous said...

Owh pegi x ajak daddy kan ?

dya mohamad said...

kak shila-hahha.tuhla.pasang cite hantu je sorok blakang kiteorang an.hehe

dya mohamad said...

fuad-mintak2 jmpe lagi skali apenye?

dya mohamad said...

cik anon-(:

Nurul Ainee said...

baca pown a meremang gler.huhu. saya ni dah la penakut gler,kalo join dya la,mahu terkencing sume.haha. dya bley join team seekers la.;))

dya mohamad said...

nurul ainee-camne nak join.uncle seekers pandang dya pon taknak.sobsob):
hihi

Anonymous said...

wah..beraninye kamu..salute lah

ekabukanmakcikkau. said...

wahh aku baca cerita kau macam aku tengah tengok cerita supernatural . seruis wehh . wakakakka . tabikk kerana buat cerita blablahblah yg menaikkan bulu tengkuk . huehuehueh

dya mohamad said...

ayuni kamal-jom ikut nak?(:

dya mohamad said...

eka-yela aku ni taklelah nak wat cite mcm ko.org ingt ko emma watson.aku takle wat cite camtuh.sbb aku bukan artis.kahkah

nurshaf said...

kerja gila, tapi macam best la, walaweh,,, nak joinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

dya mohamad said...

fiq-memang best!tp takle sonok2 sgt.sbb takut bnda tu ikut kite blek.huhu

Anonymous said...

jom buat tema best sgt... heeeeee

shenz said...

bukan tema... team cari hntu tu... heeeee

Shima Yahya said...

gile besss !

dya mohamad said...

cik anon-tema ape?eegeeg:P

dya mohamad said...

shenz-hheeh.tawu takpe(:

dya mohamad said...

zaidatul shima-join jom!(:

izyansyazwani said...

tatatakutttt..huhu

zul a.k.a kingsix said...

wah ini boleh join geng ni

dya mohamad said...

zul-nak join join laaa.mana ade geng pon.huhuu

Anonymous said...

hai dya.. awak ni lawa sangat2.. saya suka mata, bulu kening dengan senyuman awak :-)

Shahbri said...

terbaik la.. berani untie seekers kita.. hehe gurau jer..

dya mohamad said...

shahbri-auntie seekers.nama laen please.haha

Oh Seram said...

cita best..tp cina yang tingal kat situ x takut ke..kan dah jadi 2 alam tempat tu..by the way dah follow blog awak...sudi2 singah kat saya k http://ohseram.blogspot.com/

Azzah said...

seram giler..berani ahh

Haniff Kosanostra said...

rumah tepi highland tower tu dah aku masuk.. well for all that worth, aku kena usik.. biasa la.. kalau pergi dgn no ganjil mmg salah sorang akan kena. dan kali tu, aku yg kena.. haha.. first, sampai2 je aku nampak something kat tingkap macam menjemput datang rumah nak bagi duit raya lak rasa =P aku suruh member aku suluh kat tingkap tu. takde pape. k fine, then masuk2 je, aku dgr derapan kaki kat tepi semak.. aku orang last kat blakang, sbb kunci moto aku tersekat.diorang dah masuk dulu.. =.=" hampeh punya member.. then dah masuk, macam ada pemujaan la kat situ.. dgn lambang bintang dilukis 666 satan bagai.. siap gambar kambing dan kesan terbakar. dan moving forward, ke belakang dapur, member aku dgr ada orang bercakap. straight dia jalan kedalam tu.. dan aku follow tp yg pelik kat sini aku nampak dia jalan straight masuk ke bilik hujung.. tp tiba2 dia keluar di blik sebelah kiri bilik tu. point Kat sini, sapa aku nampak masuk bilik hujung? sbb aku blakang dia 2 3 tapak saja. just a split second late from behind. dan, bila dah setel, lepak mamak amer bistro (promo) sgt sedap!!! member aku tanya aku ada sentuh usik or cakap merapu2 tak mcm panggil2 ke.. aku kata masa bila plak?! apsal?? dia kata, takde ar dia bengang dgn kau.. =.=" last sampai rumah, dah online bgai, aku terperasan kat tangan aku ni ada macam kesan arang hitam. pegi tandas, buka baju, badan aku penuh dgn arang hitam bertepek2 =.="

Haniff Kosanostra said...

oh lupa.. =.=" aku masuk pukul 2 pagi lepak situ sampai pukul 3.. sbb ada polis meronda tetiba.. =.=" naseb bek parking moto cover.. jadi dok belakang pintu dan pokok la kejap menyorok ahahaha =.="

Unknown said...

mcm best la team nie !! ^_^

faisal awiengs said...

xsangka jmpa girl yg sama minat mencari "benda" ni mcm kami,try la follow blog kami,leh tukar2 cerita & pengalaman...

dya mohamad said...

faisal awiengs:apa nama blog awk ?(:

Tawel Sensei said...

Tumpang tanya, boleh point lokasi Mimaland ni kat Google Maps? Btw, gila berani pergi tempat2 angker! :)

Anonymous said...

bahaya tol.. tp ingt dya.. p mane2 time blik bce doa.. ayat Al-Quran... kan ade ayat2 pelindung n buang bnda yg ikut kita tu..

Anonymous said...

terbaik lah.. tp hati cik dya oi... bce surah qursi ke.. or doa buang bnda yg ikut kita tu ke.. kn ade.. harap awak hati2 lah..

Jemay said...

Menarik jugak mimaland tuh..mmg takleh masuk ke? ada npk pic dlm intenet dia begambo ngan van dlm mimaland tuh..sy cuma berminat kat tasik tu je..memandangkan penah jadi tempat mancing kan..mesti banyak ikan terbiar tuh...kalu patin dah dah jadi monster kot..20 tahun tak berusik

isyraf darwis said...

mimaland aq da masuk. dye klau nak msuk kene mntak izin dgn pnjage. umur dye dlam 20-an. tu pnjage belah pagi. yg pnjage belah petang pkcik tua. tp pakcik tu nmpak mcam tak friendly. time aq msuk tu jalan da brumput2. pasir bnyak. tyar motor aq tenggelam.aq dgn mmber2 susah nak jalan. klau naik kereta mmg tak lepas. time tu kteorng da msuk jauh da. pastu boleh pulak hujan. so, kene patah balik. ade lagi satu tmpat kondo dekat pandan indah. tu seram gile. pnjang cerita dye. malas aq nak type. @isyrafdarwis

isyraf darwis said...

mimaland aq da masuk. dye klau nak msuk kene mntak izin dgn pnjage. umur dye dlam 20-an. tu pnjage belah pagi. yg pnjage belah petang pkcik tua. tp pakcik tu nmpak mcam tak friendly. time aq msuk tu jalan da brumput2. pasir bnyak. tyar motor aq tenggelam.aq dgn mmber2 susah nak jalan. klau naik kereta mmg tak lepas. time tu kteorng da msuk jauh da. pastu boleh pulak hujan. so, kene patah balik. ade lagi satu tmpat kondo dekat pandan indah. tu seram gile. pnjang cerita dye. malas aq nak type. @isyrafdarwis

Unknown said...

best ni.nak join jugak:D

Unknown said...

best jugak ni.nak join jugak:D

busterscrew said...

salam ,, dya .. akuh suggestkan kaw ,, adventure kat hostel tinggal ,, batu 4 jalan gombak .. dri luaran mungkin kaw nmpak cam bese ,, tp kaw kene try masuk ,, nak masuk ikut belakang + kene panjat tembok .. akuh cume nak ingatkan ,, kaw jgan msuk kat basement ..

p/s : tlong bg drection nak p mimaland and balai polis lama gombak .. =)

Unknown said...

nak buat team......saye juga dalam perancanagan nak buat team seekers nie...kami ade 7 org ahli, klau berminat,kite boleh join jadi satu team....

apixsaniji said...

.ayat terbaik : aku takut dieorang takut!haha

apixsaniji said...

.ayat terbaik : aku takut dieorang takut!haha.terhibur baca blog ni. Post la lagi pasal M.F. History Channel ade cerita tak silap ak pasal dia. Bangga orang y lahir sama batch ngan aku berani!

coffee_clover said...

aku ada kawan yang agak gila camni gak. hahaha merata dia jalan cari benda ni. kalau nak aku leh set kan ngan dia. hahaha tapi for sure, aku x ikut la.. kekeke

faisal awiengs said...

Salam Dya,baru2 ini saya dan rakan saya 2org telah pergi ke mimaland dan balai polis lama gombak (petang untuk survey,malam baru "mencari"),memang mengecewakan apabila sampai diatas mimaland tu,dah berpagar,then waktu di balai polis lama gombak,memang terbaik...

didie said...

Mmg minat bnda ni... Tp xde geng... Huhu. Jom create a paranormal team! Ada yg minat x? Klu ada... Msg la sy,nama sy fareez... 0175313444... Teringin nk travel all the haunted places in kl! :)

didie said...

Slm,nama sy fareez... Dh lama minat bnda ni,tp xde geng yg sekepla... Huhu. Jom create paranormal team! Hehe... Yg berani je... cik dya klu nk pg lg,jgn lpe ajak ea... Spe2 yg minat or nk ajak sy join msg sy k... 017531344... ;)

didie said...

Sorry,typo... Tertinggal lg satu no 4..... 0175313444... :)

Syah said...

salam..boleh bgthu simpang ke mimamaland kat mane x?antara bt 10-11 tu ade beberapa simpang. so yng mane satu eh?tlong.

Unknown said...

miss,i dgn kwn i selalu jgk g tempat2 seram ni,bosan 3 org je...highland tower skg dh tutup berpagar tggi...

Unknown said...

miss,i dgn kwn2 i 2 org selalu jgk pg tempat2 seram area KL ni,cuma bukit tunku je xpnh pg sbb xtahu blah mne rumah2 tu...highland tower skrg dh berpagar tinggi dh,kelmarin lalu jalan lame tembus ke genting sepah,seram jgk lalu tgh2 mlm kat jalan tu......kalau ade program nak g tempat2 seram lagi email yea..

bOsS_nAQ said...

boleh beri google map coordinate utk rumah doktor yang kena bunuh di Jln Bukit Tunku? Thanks :)

Hari tu baru masuk rumah tinggal di Jalan Gridle (3.16726,101.677077).

faisal awiengs said...

salam dya
try bukak blog saya
fatalframe09.blogspot.com

nnt saya update-kan psal experience saya n kwn2 saya g mimaland n balai polis lama gombak...

selamat hari raya dya 8-)

Unknown said...

rumah kt bukit tunku tu kt blah mne eh??

Unknown said...

rumah kt bukit tunku tu kt blah mana?? bole shere x??
yg mimaland tu mmg xbleh masuk ke klu berpagar??
ade lg x port lain...??

Unknown said...

korang naik ketekn..so wat pe korang nk lari klu anjing tu kejar korang?korang bukan naik basikalkn??huhuhuhu

Unknown said...

korang naik ketekn..so wat pe korang nk lari klu anjing tu kejar korang?korang bukan naik basikalkn??huhuhuhu

munyu gitu gitu said...

Nk join 0192590432 ana

Along said...

SO BILE LEH RUN NEXT PROGRAM GI MENCARI ENTITI NI

Picagari Tumpul said...

Dari taun lepas aku dok bace entri ney.. memang minat betoi aku mende2 gini. Aku dok g riki2 gak jalan ke rumah dr bukit tunku tu. Tapi xjumpe lah. Rumah2 yg ade kat jalan girdle, kurang trill la. Kalo bleyh, leyh x sape2 share lokasi n jalan nak ke umah dr kat bukit tunku tuh... Huhuhu

Picagari Tumpul said...

Aku dari taun lepas dok bace entri ney sebagai rujukan aku untuk cari jalan ke rumah dr kat bukit tunku tuh. Tapi xpernah nye jumpe. Bleyh sharekan lokasi n jalan ke umah tuh. Termasuk umah tinggal tnb tuh. Asenye aku dab masuk setiap pelusuk jalan dah kat bukit tunku tu. Tapi still xjumpe gak. Jalan girdle jumpe la. Tapi umah kat situ xtrill sangat.. huhuhu

Unknown said...

nak ikut join group ni boleh tak? cam best jee

Budak Letrik said...

Thumbs Up !! ;-)

Unknown said...

Mehh bgy email...sye nak kongsikan pengalaman dari group...havocparanormalls... Kami ad pics an vids...bole kongsikan dengan editor blog ni... jailani7786@gmail.com

Unknown said...

Balai polis gombak yg kat jalan karak tu ke...tempat gantung monafendi

Unknown said...

Watsapp sy bro 0175227860 -jai

Unknown said...

Gila brani korang!!!Kalau aku memang tak nak cari pasal lah dengan benda tu...Tapi rasa macam best team korang nih....heheh

Unknown said...

Gila brani korang!Kalau aku memang tak nak cari pasal dengan bende tu...but rasa macam best lah team korang...heheh

Ibtisham said...

Dya..sy tiap2 minggu lalu bukit tunku tu..mana satu rumah doktor tu..jom kita pg tgk nk..0123397315

Ibtisham said...

sy tiap2 minggu lalu bukit tungku tu ke OUM..x nampak pun rumah doktor tu..kat area mana ye..jom kita pg tgk..0123397315

Unknown said...

Cuba lah pergi rumah sewa RM 50 kat shah Alam seksyen 2 memang gempak masuk berita pulak tu

Deana Eddy said...

Aku baru pergi semalam rumah dalam semak kan? Aku pergi seorang sbb mmbe aku takot. Aku rasa rumah tu unik even semak dan takde jalan. Lelama tu aku rasa macam ada perhati buat aku makin dekat. Punca aku boleh bla taktahu. Macam ada benda aku nampak tapi taktahu ape benda.

jawa rangers n jawa totok said...

Hallo2 sAya jika ada lagi trip pusing2 key ell

jawa rangers n jawa totok said...

No saya 017-7591831

Bunkbel said...

salam ...saya nak pegi ke rumah tu ...boleh bagi tau tempat dia kat mane tak?

Bunkbel said...

salam..boleh tak nak tau ...kat mane eh rumah doctor tu...

Bunkbel said...

nak tau tempat doctor tu kat mane

Unknown said...

jalan 20, bukit tunku search je comfirm keluar kat map. malam searching mak yong😂...

Unknown said...

Aku excited do nk tau pasal mimaland selain pasal tanah runtuh pastu ade sorng mati arghh macam menarik je we,takde ke nk kongsi semua pasal mimaland😭