I appreciate them.

Sunday 31 July 2011

Mana stalker aku?Sunyilah!

Assalamualaikum.Hai semua,sehat ke tidak tu?Ha yang kakak tu,kenapa dah lama tak bukak blog aku ni?Bukan awak ke yang selalu intai-intai blog aku ni?Awakkan stalker tegar aku?Tanpa awak kakak sunyilah blog aku ni haaa.

Okaylah kawan-kawan tu je antara ayat yang ada kena mengena dengan tajuk entri ni.Sila bengang sekarang.
,Aku rasa dah lama aku tak update pasal aktiviti harian aku kan.Last aku update pasal aktiviti aku adalah pada entri yang pandai-pandai lah korang cari sendiri.Hari ni aku terasa macam nak penuhkan blog aku ni dengan aktiviti yang aku buat pada  jumaat yang lepas.Berapa haribulan?Eh korang ni kan aku dah cakap pada jumaat yang lepas.Entri aku ni ada tarikh kan,kira sendiri bila jumaat yang lepas tu.Ngehngeh.EH ada ke orang gelak bunyi ngehngeh?

Takde,cerita dia macam ni jumaat yang lepas aku dan dua orang kawan baik aku iaitu miwa mohamad yang comel sebab ada orang nak kenal dengan dia di entri aku yang lepas.Aku tau mesti korang tercari-cari entri mana kan?Meh aku bagitau.Ada di entri yang korang kena cari sendiri.Heheh.Lagi sorang ialah bersama Jannah atau dalam erti kata lain ialah syurga.

Hari tu aku gerak dari Kuala lumpur pada jam 12 tengahari untuk amek Jannah dekat rumah dia yang dekat ngan tesco ampang tu.Lepastu kiteorang bergerak untuk ke stesyen minyak memandangkan kereta aku kenari je,so aku isi sebanyak RM30 je.Bila dikira balik,total minyak yang digunakan untuk sampai ke Melaka adalah Rm15.00.Save kan?Maka sebab tu lah korang digalakkan menggunakan kereta perodua sebab perodua lagi best!

Kiteorang sampai Melaka dalam pukul 4.00petang.Sebab apa?sebab dekat Kuala lumpur jammed,berhenti makan lagi,heh macam-macam lagilah.First destination kiteorang adalah ke Melaka Parade sebab dekat situ karaoke murah sangat.Rate karaoke kat situ adalah 1jam Rm 20.00 untuk bilik large!Siapa nak bagi murah macam tu dekat Kuala lumpur ni woi!Kiteorang amek untuk 2jam terus,tapi bagi aku satu je yang tak best pasal karaoke dekat situ,lagu baru tak banyak and lagu english pon seciput je.Kecewa untuk pertama kali disitu.



JAP!Kiteorang makan gelato fruity yang sedap!Kecoh sekejap sebab aku tak pernah lagi makan Tutty Fruity.Kecewa untuk kedua kali disitu.

Tiramisu.Sedap gila,rasa nak lagi,tapi mahal.=,=

Oreo.Ni pon sedap jugak.Nak lagi.Tapi mahal.erm=,=











Selepas habis je berkaraoke,kiteorang decide nak cari tempat makan yang best dekat melaka ni,yelah walaupun dulu aku belajar dekat UiTm lendu,tapi aku tak pernah tau tempat makan yang best dekat sana,especially tempat makan yang ada asam pedas.Then kiteorang tanya pakcik yang lalu lalang depan kiteorang,dia cakap Asam pedas power berdekatan dengan perigi Hang Lipo,manalah kiteorang tau kan,tapi pakcik tu baik sangat dia cakap nak hantarkan kiteorang dekat kereta aku,then dia suruh aku follow dari belakang.Ohh sangat baik pakcik tu.Kepada pakcik tu kalau pakcik baca blog saya,sila redeem hadiah dari saya dengan hantar message dekat email saya okay.Ehehe.




Asam pedas power?Macam ni lah tempatnya bersebelahan dengan kubur islam.Dekat sini seafood semua fresh,Korang boleh pilih sendiri sotong atau macam-macam jenis ikan untuk dijadikan asam pedas,ada jugak kerang bakar,sotong dan udang goreng tepung,sayur kailan,telur dadar dan macam-macam lagi.Kiteorang order simple je,asam pedas ikan cencaru,sayur kailan dengan telur dadar.Ramai orang singgah kedai ni walaupun kedai dia tepi jalan je.Rate?Pada aku biasa je,tak ada apa yang menarik.Mungkin aku bukan pure Melaka sebab tu tekak aku lain daripada orang melaka.Mungkin.




Lepas puas memuaskan nafsu buas makan,Kiteorang singgah ke jonker walk dengan harapan dapat tengok makcik cina menari macam tengah buat taici  dan menyanyi atas pentas,malangnya tak ada,kecewa kali ketiga disitu.


Then cuba teka apa?Tak nak teka?Dalam masa satu hari tu jugak kiteorang rush ke Port dickson.HAHA.Excited tak?Tak eh?Okay.Kenapa aku ke PD?Sebab sebelum bermulanya puasa ni, aku nak buat penjelajahan ke kawasan seram dekat sana,iaitu Marina Bay ,Tapi malangnya tempat tu dah bercahaya sangat,tak macam dulu,dulu tempat tu seram gila,walaupun ada cina yang jaga tempat tu,still seram,Now dah tak ada lagi!Heh kecewa kali keempat disituSo kiteorang lepak di tepi pantai sambil mengenang kembali kisah cinta lama ditemani angin sepoi-sepoi bahasa dan deruan ombak.Itulah Ombak rindu.Wakakaaka :D



Masing-masing dah lemau,Kiteorang gerak ke RnR dan tidur dalam kereta sampai pukul 630 pagi,dan lepas tu gerak lagi ke RnR yang lain,sambung tidur sampai pukul 8pagi,dengan muka yang tak cuci,tak mandi,kiteorang gerak ke Kuala lumpur dengan muka tak bersalah kiteorang end up kan perjalanan kiteorang dengan  breakfast di Old town white coffee.Euwww dah lah tak gosok gigi lagi.Euwwwwwwwww.


P/S:Masa kiteorang sampai PD,askar-askar tengah bersiap sedia untuk passing out,kalau kiteorang tunggu sekejap mungkin aku dah boleh dapat BF sorang dua.AHAHA.Okay tak kelakar.

P/S:Kenapa aku ke Melaka?sebab aku nak jumpa siblings aku iaitu Munirah zulkarnain,Nor mohamad,fara nadzirah dan Nonny Munir di Kolej mereka,malangnya mereka dah balik Ke rumah masing-masing untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga.Paling kecewa  disitu.

Thursday 28 July 2011

6 sebab kenapa aku masih single



Umur aku dah 21 tahun dan aku masih single,masih tak ada boyfriend lagi.Tipulah kalau aku tak jeles tengok orang lain ada boyfriend,ada suami.Kalau couple yang nak bayar dekat kaunter aku mesti aku curi-curi tengok kemesraan dieorang,kalau yang dah sah jadi suami isteri tu takpe,tapi kalau yang tak sah lepastu leher penuh dengan lovebite,jangan nak kata aku jeles dengan gigitan cinta tu,tapi aku rasa nak ceramah agama je dekat dieorang ataupun halau dieorang bayar dekat kaunter lain.

Korang tak percaya ke yang aku masih single?Or korang tak amek kesah pon aku single ke tak.Yela siapa jela aku ni.Hanya melukut di tepian gantang.Ececeh.Aku pernah je bercinta,paling lama 4tahun tapi tak ada jodoh kan,so putuslah kiteorang.Memang kecewa sangat tapi nak buat macam mana dah takdir kan.Sambil buat muka berserah dan mata berkaca.

Kenapa aku masih single?Moh aku jawab soalan yang sebenarnya tak bermain diminda korang tapi bermain di minda sesetengah orang.Bila aku cakap macam ni jangan nak putar belit cerita cakap aku ni bajet hot kononya ada orang nak ngorat aku dekat blog ni,jangan jadi shaiton boleh tak?Baca dan duduk diam.Maseh.
Sila sambung ayat aku ni bersama ayat di bawah ini okay baru korang faham apa yang aku sampaikan
Sepanjang aku bercinta,secara tak sengaja aku akan bercinta dengan...

1.Lelaki yang suka meninggikan suara
Wahai lelaki-lelaki semua,aku tahulah suara korang tu macho macam Mawi.Oh tak suka contoh Mawi eh?Fine.Aku tahulah suara korang tu macho macam Fahrin Ahmad.Tapi takpayah lah nak tinggikan suara bila cakap dengan perempuan dalam telefon or depan-depan sebab kiteorang ni mempunyai dua telinga yang dikorek setiap hari.Nak tanya "you dekat mana" pon nak tinggikan suara.Tak faham betul.

2.Lelaki yang berlagak 
Pesal kau nak berlagak dengan aku?Tu harta makpak kau bukan harta kau.Kalau harta kau bolehlah aku kikis,tapi masalahnya ni harta hasil titik peluh makpak kau.Lelaki macam ni memang paling aku tak gemar dan boleh membuatkan aku tak selesa secepat yang boleh.Aku tau kau kerja dengan Dato' lepastu gaji beriban-riban,pakai blackberry,Iphone,kereta mercedes,tapi kalau kau rendah diri tak apa jugak,ni tak setiap kali jumpa dengan aku,kau akan bawak keluar blackberry kau,kau tunjuk cheque RM3000 yang pakcik kau bagi.Kau siap cakap lagi,"you,i tau you tak selesa naik kereta I ni sebab besar sangat kan?Tak apa esok kita keluar I bawak mercedes pulak".Phewww,aku tak cakap apa-apa pon dekat kau.Heh sikit pon aku tak pandang harta kau apatah lagi diri kau.

3.Lelaki yang Ego
Faham tak kaum perempuan paling menyampah,menci menci menci dengan lelaki yang ego,aku pon sama jugak sebab aku perempuan.Bukan aku cakap perempuan tak ada ego.Kami ada ego jugak,tapi tak setebal lelaki.Halah,perempuan kalau merajuk tu tandanya dia minta dipujuk,tapi ada tak lelaki nak pujuk?Dalam fikiran lelaki hanyalah "Ah malas aku nak layan,sikit-sikit merajuk".Heh kiteorang merajuk la,sebab perangai kau tu dah macam sampah.Lagi satu kalau bergaduh sebab perempuan yang salah,kiteorang memang senang mintak maaf,Tapi bila lelaki yang salah,bukan main payah lagi nak mintak maaf,perempuan pulak yang terhegeh-hegeh mintak maaf dekat lelaki,pergi dekat rumah lelaki untuk mintak maaf dan mintak  kembali pada perempuan tapi yang lelaki tau hanyalah duduk dan lihat betapa cengengnya perempuan.

4.Lelaki yang putar belit.
Pada pukul 11.45 malam si perempuan bertanya kepada lelaki "you tadi you keluar g mana?kenapa tak angkat I kol".Si lelaki menjawab "sori sayang.Tadi I kat kedai mamak tengok bola,handphone silent,tak perasan,janji tak buat lagi".Pada pukul 1.00pagi di hari yang sama si perempuan tanya benda yang sama  lagi cuma si perempuan tambah ayat you cakap betul-betul tadi di hadapan ayat dan si lelaki menjawab "Tadi I keluar dengan Rahmat,teman dia shopping,lepastu handphone habis betri sebab tu tak perasan you call.Yang dok tanya banyak kali ni kenapa?!!".Bila si perempuan cakap tadi cakap lain sekarang cakap lain si lelaki akan cakap "eh mana ada i cakap lain!tadi i cakap benda yang sama!You yang pekak!".Perghh.Orang yang putar belit,yang menipu memang tak akan ingat apa yang dia tipu.

5.Lelaki yang pentingkan kawan
Perempuan pon ada kawan jugak,malah ikatan kawan yang terjalin between girls lebih kuat,dan perempuan memang senang mendapat kawan baru.Tapi bila dah sayang dekat seseorang lelaki tu,dia akan ikut je cakap lelaki tu,Kalau lelaki suruh balik awal,dia balik awal.Kalau lelaki cakap jangan keluar,dia ikut jugak.Tapi bila sampai perempuan suruh lelaki balik awal sebab dah pukul 3pagi,perempuan tak nak lelaki dia jadi kutu rayau,ada lelaki nak ikut? Lagi satu lelaki sanggup batalkan temujanji dengan perempuan sebab nak tengok bola dengan kawan-kawan dia,habis tu macam mana dengan perempuan yang dah sampai dekat tempat yang dijanjikan?Ni lah orang panggil janji keling.

Tu lah diantara 5 sebab kenapa aku masih single dan menyepikan diri.Ewww.Aku nak jatuh cinta lagi sekali tapi pengalaman yang aku alami sikit sebanyak dah hilangkan kepercayaan aku kepada lelaki.Aku nak bahagia,aku nak kawin dan aku hanya akan lafazkan cinta aku hanya pada suami aku yang sah.Sila muntah sekarang.

P/S:Sebab Keenam dan terakhir aku masih single adalah kerana Allah s.w.t telah tentukan jodoh yang terbaik yang boleh membahagiakan aku,membimbing aku ke jalanNYA.Insyallah.Itulah syurga cinta.Yarks..kbai.

Tuesday 26 July 2011

Jalanraya ni saudara mara awak punya ke?

Aku serius sekarang ni.Nak kata aku tengah marah sekarang ni,tak jugak tapi lebih kepada perasaan yang membara.ececeh.Perasaan membara nak kongsi apa yang kita semua pernah alami,Mungkin bukan kita semua,tapi aku yakin yang ada lesen kereta dan memandu pernah mengalami pengalaman yang sebeginiTak kesahlah korang pandu kereta kawan ke,pandu kereta ayah curi-curi ke.Tak kesah.Asalkan pernah.
Semua pemandu akan mengalami pengalaman yang agak S**T ini dijalanraya.

Pernah tak masa korang tengah shiok bawak kereta,tengah confident,tengah berhemah sambil nyanyi mengikut rentak di radio suria FM.Tiba-tiba ada lah seorang
 makhluk melintas depan korang dengan penuh rasa tak bersalah.Padahal dia dah nampak yang kereta korang dah dekat dah dengan dia.Mungkin yang melintas jalan tu dia tak pakai mata tapi dia pakai mata hati.Aku tak cakap orang buta sekarang ni.Aku cakap pasal orang yang celik.Tapi reflection yang selalu kita bagi dekat orang yang macam ni adalah "Oi buta ke!".


Lagi memanaskan hati kalau korang bawak kereta lancer dengan kelajuan 180km sejam..Baru nak tunjuk style dekat awek-awek yang bawak myvi di line kiri,tiba tiba dekat depan korang ada kereta kancil lama dengan kelajuan 50km sejam.Apa korang nak buat?nak potong kancil tu?tapi malangnya sebelah kiri korang ada kereta.Sakit hati tak?nak bagi lampu besar dekat kancil tu macam kurang ajar pulak.Okaylah aku amek situasi lain pulak.Cuba tukarkan kereta kancil tadi dengan motor ex5 didepan korang.Apa yang harus kita buat?selalunya yang akan penunggang motor tu dapat adalah "Oi kalau dah tau lembab macam siput,lalu kirilah!".

Cuba bayangkan pulak yang korang baru dapat lesen P.Mestilah korang nak bawak kereta dengan berhemah..Masa ni korang dah boleh berlagak dah dengan kawan yang tak ada lesen..Kalau nak keluar dari simpang rumah yang jaraknya hanya 1meter dari rumah korang pon,korang akan bagi signal.Nak pergi kedai yang tak jauh pon korang nak bawak kereta.Korang memang ikut undang-undang 100%.Tapi cuba korang fikir.Korang ingat semua orang ikut rules macam korang ke?Cuba bawak kereta dekat highway berapa ramai orang tak bagi signal bila nak memotong.Lagi-lagi kalau korang tengah laju tiba-tiba ada kereta dari kiri nak memotong korang.Mestilah kita akan "tanjat boboy!".

Aku memang paling sakit hati dengan bas dan lori.Dieorang ni kalau memandu dekat highway memang ikut suka hati sendiri je.Lepastu memabahayakan pemandu kereta yang lain!aku ni dahlah pakai kereta kecik je!Kau nampak ke kalau kau memotong aku sesuka hati.Kalau kena langgar duet kau jugak melayang!Oh ya lagi satu bas dan lori ni kalau dah tau yang awak tu besar gedabak sila lalu line kiri boleh tak?Kenapa kau nak lalu line kanan jugak?Dekat signboard dah terang-terang menyatakan kenderaan berat ikut kiri.Kenapa kau ikut kanan?Sebab kau rasa kau ringan macam kereta mainan ke?Kalau perangai macam ni memang layak digelar "Kurang ajar betol!".Eh kenapa perenggan ni aku guna perkataan aku kau?jawapan dia sebab aku memang bengang gila dengan pemandu bas dan lori


Janganlah buat jalanraya tu macam saudara mara korang yang punya sebab semua orang bayar cukai jalan tau tak!Patutlah banyak sangat accident.NI dah nak dekat raya ni bawak lah berhati-hati jangan bawak dengan tak ada hati kalau nak bawak macam tu jugak sila buat jalan sendiri.Korang bawaklah kenderaan korang sorang-sorang.Takda siapa nak larang.

P/S:Siapa yang dah baca entri ni dan nak ajak aku race,gua no hal babe.Siapa menang dapat BF yang kalah.Tapi pastikan BF korang hensem dan kaya.Boleh?kbai.

P/S:aku taktau kenapa setiap kali aku hangout aku akan bertembung dengan lelaki yang bawak motor besar warna hijau tapi nombor plat lain-lain.Oh mungkinkah ini petanda bakal BF aku pakai motor besar berwarna hijau?Kbai kbai.

Monday 25 July 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

 Nak join?Klik aku sayang dya mohamad sanad2.ewww.

Masuk ni dah 3kali aku join segmen idola aku ni.Apa kata korang kritik sikit blog aku ni.Yang tak join segmen ni pon boleh kritik blog aku jugak.Mak tak kesah nok.Cuma janganlah tinggalkan nama korang sebagai anonymous,atleast tinggalkanlah nama korang.Kalau korang bagi pujian alhamdulillah tapi kalau bagi kutukan aku rela terima.Dengan terima kritikan korang aku boleh perbaiki blog aku ni.Kalau entri bosan bagitahu,kalau header buruk bagitahu.Takmau simpan-simpan.Luahkan.ecececeh.



P/S:aku akan balas kunjungan korang tu.Tinggalkan link okay.Kalau follow aku lagi bagus.ngehngeh:D

Friday 22 July 2011

Seram.Titik

Okay actually tak seram mana pon entri kali ni.Saja nak bagi kata-kata seram sebab aku dah biasa dah letak seram dekat tajuk entri.Silap-silap kang entri pasal cinta pon aku letak tajuk dia,"seram.tips jatuh cinta".

Macam biasalah aku dengan kawan aku berdua,miwa mohamad pergi ke kubur kristian ni pada jam 12.30 pagi.Nothing much.Jalan ke kubur kristian ni emangnya seram kok.Dengan gelap lagi.First time datang sini,kawan aku cakap dia nampak ada benda putih atas pokok but so far aku tak nampak lagi lah.Aku tangkap gambar macam biasa.Dan betapa belambaknya orbs yang ada.Apakah itu orbs?
 Menurut para pengkaji paranormal, orb adalah dipercayai sebagai roh manusia atau “suatu bentuk tenaga” yang pernah mendiami tubuh manusia semasa hidup. Adalah dipercayai bahawa orb-orb lebih suka menetap di dunia ini kerana ikatannya lebih kuat kepada tempat-tempat yang disukainya semasa hidup.
 Nak tahu lagi?Klik aku serius nak jumpa hantu malam ni.Dah klik?Korang akan jumpa dia malam ni sebelah seperti yang dijanjikan.haha
Fuhhh.
























P/S:Tak percaya dengan semua entri aku?Jangan cakap lebih der.Lu pergilah sendiri baru cerita sini.jangan sampai gua kerat lu 18 baru lu tahu erti penyesalan.kehkeh:D.kbai

Tuesday 19 July 2011

Seram!Kali ni jam 2 pagi.

Post aku yang lepas aku ada cerita yang aku pergi rumah berdekatan dengan highland tower tapi tak ada gambar kan?Lepastu ada satu post aku yang aku pergi sana di waktu maghrib kan?Kali ni aku nak bagitahu korang yang aku pergi pada jam 2 pagi.Ya kawan-kawan jam 2 pagi.Aku sendiri tak percaya yang aku tergamak nak layan waktu benda ni tengah betul-betul ramai dan aktif.

Aku pergi satu kereta je dengan kawan aku.Sebelum sampai ke rumah yang seram gila tu,aku dah rasa lain macam,badan aku macam menggigil dan secara tiba-tiba aku ada bau sesuatu yang tak menyenangkan dalam kereta kawan aku tu,bau busuk,sebelum ni tak ada pulak bau,Yang peliknya,aku sorang je bau.Ke hidung aku yang ada masalah ni?

Bila dah sampai je dekat kawasan rumah tu,ada lagi satu kereta dah park elok dekat situ,mula-mula kiteorang ingat orang jahat,rupa-rupanya dieorang pon ada misi yang sama macam kiteorang jugak,tapi semuanya lelaki,ada lah dalam 5orang.Ganteng amat weyy.Sambil tengok rumah yang seram dan berhantu tu,sambil tu aku cuci mata sekejap tengok mamat hensem.ehehe.

Masa turun dari kereta,tangan aku dah menggigil dah,yela tempat tu sangat seram bila di waktu malam tak sama macam aku pergi time maghrib hari tu.Yang seramnya,sebelum kiteorang park kereta,kawan aku ada nampak benda putih dekat pokok berdekatan dengan rumah tu.


Nak tahu satu cerita?Mengikut sumber yang boleh dipercayai,sebenarnya bukan highland tower tu yang berhantu,tapi rumah tinggal ni yang berhantu.Highland tower tu penuh dengan drug addict je.Sebelum nak sampai ke highland tower tu,kena lalu semak samun,pernah je kawan aku lalu dekat semak samun tu dan dia dengar ada benda sayup-sayup je mengilai.Tahu tak kalau benda tu mengilai dengan kuat,maknanya benda tu jauh dari kita,kalau sayup-sayup benda tu dekat dengan kita!Cerita selanjutnya?Baca sampai habis!

Sampai je betul-betul depan rumah tu,kiteorang pon buatlah macam biasa,snap gambar,tengok sekeliling dan tahu apa?Budak lelaki yang 5orang tu bawak torch light dan mereka suluh dekat highland tower tu,dekat semak.Apa yang berlaku?Tiba-tiba kawan aku cakap "astaghfirullahalazim pukul 11,cuba pandang pukul 11".Aku pon pandang la,disebalik semak tu macam ada benda putih.Lama dia berdiri dekat situ macam tengah mengintai kiteorang,But Kiteorang tak sure apa.Mungkin benda tu atau mungkin bukan.So,aku pon decide untuk tangkap gambar semak tu dari jarak jauh.Yela takkan nak buat dari jarak dekat.Mak takut nak tgok rupa dia nok.Nak tengok hasilnya?tunggu aku membebel sampai habis dulu.

Korang ingat aku ni berani sangat ke masa tu?Aku mengigil kot nak tangkap gambar.Aku dah macam orang sakit parkinson dah time tu.Aku agak ketakutan sikit masa tu,so aku terus bagi kamera aku pada kawan aku yang lebih pakar dalam hal ni,aku dan dia terus masuk ke dalam rumah tinggal tu dan snap beberapa gambar.Seram sejuk dibuatnya.Kawan aku nak naik sampai tingkat atas,tapi aku cakap tak payah cukup sampai sini je sebab apa?Sebab kawan perempuan aku ada nampak sesuatu di tingkap tengah rumah tu.Warna apa lagi warna putih la.Tapi sekejap je.Senior aku dah berapa kali ke sini dan dia pon pernah nampak cik ponti di tingkap yang sama.
Hati-hati bila pandang tingkap ni.

Apa hasil gambar yang aku dapat?Meh aku perjelaskan satu persatu.Gambar yang aku cakap aku amek masa kawan aku cakap "astaghfirullahalazim pukul 11,cuba pandang pukul 11" adalah ini.Ini adalah gambar original.Masa aku amek tu aku tak perasan apa-apa,esoknya aku zoom setiap gambar dan aku jumpa sesuatu yang pelik digambar ini.Can you see that entity?Kalau korang cakap ni biasan cahaya,aku rasa tak logik sebab masa tu,aku berada sangat jauh dari entity dan tiada sesiapa di depan aku.




Dan kalau betul la ini biasan cahaya atau apa sekalipon aku tak pedulik,kenapa benda tu tak hilang setelah aku edit dengan macam-macam version?atau kalau taknak hilang pon.Pleaselah kabur.



Tapi tak,malah benda tu makin jelas.See?
adakah korang nampak sepasang mata merah disitu?




Kalau korang tak nampak,besarkan gambar tu ye.Senang je kan.

Ini ada beberapa keping gambar yang aku dan kawan aku tangkap masa masuk dalam rumah yang seram gila tu.Enjoy the pictures!












Wait!korang mesti taktahu kan yang bersebelahan banglo seram ni ada lagi satu banglo sebelah dia.Tapi penuh dengan semak samun.Taktahu kan?aku pon baru tahu that day.Dan tangkaplah satu picture.Ni picture last lepastu bateri habis.Apa yang ada dalam gambar ni ialah orbs.Ala yang korang nampak bulat-bulat warna putih tu.Ada orbs yang jelas kelihatan dan ada yang tak.Biasan cahaya lagi?tengok betul-betul.Mengikut dua sumber,orbs ni menunjukkan yang benda tu ada di kawasan tu,dan sumber kedua pulak mengatakan yang orbs ni adalah satu bentuk sebelum benda tu jadi cik ponti,sweet dan sebagainya.Yang mana satu korang nak percaya?Terpulang.

Itu adalah orbs yang ada di atas pokok.
Kalau korang perhatikan semula semua gambar aku,kebanyakannya ada orbs.

Kiteorang blah dari tempat tu dalam pukul 2 setengah lebih macam tu.Lepastu petua yang aku dapat daripada kawan aku adalah lepas pergi tempat-tempat macam ni jangan terus balik rumah,tapi singgah lah mana-mana kedai mamak,lepak selama mana yang anda mahu ataupun dalam kata lain 15minit pon boleh.Dan dalam masa setengah jam blah dari tempat tu baru boleh open cerita pasal apa yang korang nampak.

P/S:Ramai betul yang nak ikut aku pergi tempat-tempat macam ni.Boleh.Email aku dan tinggalkan Number fon,Nanti kita deal kat mana,bila nak jumpa.Ececeh.


 P/S:By the way,ini adalah my partner's in crime,Yang selalu ikut aku buat kerja gila ni.Sebab dia pon sama gila.Her name is miwa mohamad and im dya mohamad.duduk gombak,Family orang kelantan.Adek  beradek?Bukan tapi kami banyak persamaan.Eh dah macam sesi perkenalan diri pulak.bai.

Sunday 17 July 2011

Dah akhir zaman!Faham?

Cuba lihat di kalendar yang bedekatan dengan korang.Sekarang dah tahun apa?Tahun lembu?Aku tak tanya tahun ni haiwan apa bawak tuah.Aku tanya sekarang ni tahun apa.Tahun 2011 kan?Korang rasa ada ke tahun 2012 tu?Okay tak payah tanya jauh-jauh la.Aku tanya yang paling dekat,korang rasa ada lagi minggu depan?Kalau difikirkan pasal ni rasa takut pulak aku sebab amalan aku tak cukup lagi.Biasalah manusia,bila tengok cerita tentang kematian insaf untuk 3saat lepastu jadi shaiton balik.

Semua orang dah tau yang dunia ni dah tua,tapi kita je taktau bila ending dunia ni.Kepada manusia yang beragama islam dan masih punya iman walaupun sekelumit,pasti takut bila fikirkan kematian,pada manusia yang tak punya iman,dieorang rasa kalau mati kena langgar dengan Myvi baru pon takdehal la.

Dalam blog aku ni,aku ada cerita pasal seram jumpa hantu sebanyak dua kali dan kemungkinan lepas ni aku akan terus menulis tentang perjalanan aku dalam mencari hantu,hari ni aku nak rest dulu,aku nak cerita dekat korang apa yang aku nampak sedang berlaku dalam dunia yang tua ni.

Semua orang dah nampak kan yang ratio perempuan lebih ramai daripada lelaki kan?Ni aku bagi contoh dekat dengan diri aku lah,aku tak payah tengok jauh-jauh,tengok dekat tempat kerja aku je dah cukup,cashier yang paling ramai adalah cashier perempuan.Kenapa?adakah sebab perempuan sahaja yang rajin,lelaki pulak memang rajin,tapi rajin tidur,mungkinkah?Lepastu alasan ratio perempuan lebih ramai daripada lelaki ni kerap digunakan oleh lelaki-lelaki gatal yang nak bini lebih daripada seorang,kononya nak ikut sunnah nabi tapi sebenarnya pasal agama satu apa pon taktau.


Aku rasa kalau bukak paper je mesti ada kes mak kena rogol dengan anak,ayah kena tetak dengan anak atau dengan kata lain mak bapak jadi kuli anak.Sebab apa aku cakap macam tu?Yela aku rasa dalam tahun 2011 ni makin ramai anak derhaka yang dah dihasilkan.Aku nak suruh korang tengok simple je,Korang pergi mana-mana supermarket,korang ikut mana-mana family,tengok anak dia yang kecik,kalau anak dia amek vitagen dan mak bapak dia taknak beli,apa anak dia buat?menangis melalak-lalak atas lantai kan?Nak paksa mak bapak dia beli jugak.Ataupun contoh lain,korang nak handphone baru tapi time tu,mak bapak korang takde duet tapi korang nak jugak handphone baru tu hari ni jugak sambil memaksa mak bapak korang,protest,melawan sambil mak bapak korang give up.Tu la nama dia Kurang hajar.Faham?


Perkara yang aku nak cakap ni dah jadi pada zaman nabi dulu iaitu Homoseksual.Heh seriously aku tak faham macam mana seorang perempuan boleh suka seorang perempuan yang lain padahal badan korang sama kot.Apa yang tak sama cuba bagitau aku?Korang ada hati nak jadi pengkid,lesbian,dah janji sehidup semati dengan seorang perempuan yang lain,korang siap tukar jantina lagi,tapi perempuan tu boleh mengandung ke kalau kawen dengan korang?Jangan haraplah sebab korang sama-sama period okay.Yang lelaki pulak,ada hati nak jadi gay,macam aku cakap tadi,badan korang semua 100% sama.Apa yang lain?Naluri?Halah.Pada aku tu semua alasan orang yang taknak berubah.Kalaulah Rasululullah s.a.w ada depan kita time ni,mesti dia sedih dan menangis mengenangkan nasib umat akhir zaman baginda.


Lagi satu yang sudah berlaku ialah maksiat di depan mata.Maksud aku disini ialah buat maksiat depan orang ramai tanpa rasa korang ada kemaluan.Kalau pergi mana-mana shopping complex,cuba korang cari tempat sunyi sikit,mesti ada pasangan yang tengah bermadu kasih,berjanji setia.Kan?Korang dah cium mulut sana-sini lepastu upload dekat youtube, facebook,blog.Konon nak bagitahu kat satu dunia yang korang adalah sweet couple of the year.Tak malu ke?Ke korang tak kenal apa itu Malu?Mungkin korang akan malu bila korang sibuk pertahankan pasangan korang daripada sesiapa padahal orang nak nasihatkan kau!declare sesuka hati yang dia tu adalah husband and wife kau,gadaikan itu ini tapi esok lusa pasangan korang kawen dengan orang lain.Memang best kan?


Aku ni bukanlah alim sangat.Aku pon ada buat salah jugak.aku buat entri ni untuk semua manusia yang faham bahasa Malaysia dan untuk renungan diri kita bersama.Kita sendiri taktahu yang adakah Ramadhan tahun ni yang ketiga terakhir,kedua terakhir ataupun yang terakhir.Ataupun kita tak sempat untuk merasai Ramadhan tahun ini.Takut kan?Tapi sekejap je takutnya,esok lusa buat balik perangai shaiton.Itulah Manusia.



P/S:Sejak aku berubah ni ramai yang panggil aku ustazah.Pleaselah aku tak gemar kalau korang panggil aku ustazah sebab aku tak layak lagi ke tahap tu.Aku sekadar cerita dan mengingatkan.Kalau tak suka baca tak apa.Ada mak kesah?Tak kan.Kbai.

Thursday 14 July 2011

Seram memang Seram!Anjing memang Anjing!

Memang heaven gila di waktu malam,kereta korang dikejar oleh anjing,dan korang sebagai driver,korang boleh nampak dekat cermin sisi,lagi bertambah best bila korang cuba lari dari anjing tu tapi korang jumpa jalan mati,terpaksa korang buat pusingan untuk teruskan pelarian.Best tak?Ini yang terjadi dekat aku kelmarin.Nak tahu cerita selanjutnya?Jom teruskan bacaan anda.

Pada pukul 6petang kelmarin Aku,dan 3 lagi sahabat aku dah merancang nak pergi ke kawasan yang keras,ala,kawasan berhantu la der apa lagi,Yang dah baca blog aku dan entri aku yang sebelum ni,semua akan tahu yang aku pernah pergi ke rumah tinggal berdekatan dengan highland tower,kalau korang tak pernah baca,boleh klik SINI.Aku memang suka buat benda yang macam ni,kadang-kadang tu aku fikir nak buat team sendiri pulak,tapi tak best la kalau dalam team aku tu 2orang je yang join kan.

Sambung cerita aku,dalam adventure kali ni,ada 4orang yang ikut,2orang perempuan termasuk aku,dan 2orang lelaki.Aku bawak 2orang lelaki sebab dieorang ni lebih tahu tempat-tempat yang menyeramkan dekat KL ni.

Destinasi pertama kiteorang adalah Mimaland,batu 11,gombak.Nak ke Mimaland ni.Korang perlu hati-hati sebab kena naik bukit yang mahatinggi dan jalan tu berlubang-lubang.




Korang tau tak mimaland tu apa?Tahun 1990 iaitu tahun kelahiran aku,Mimaland ni famous gila.cuba korang tanya parents korang mesti dieorang tahu,Masa ni Mimaland dianggap macam Sunway Lagoon and Jurassic Park la.Tempat ni besar gila woooo.Tapi pada tahun 1994,Mimaland terpaksa ditutup sebab tanah runtuh,ada budak mati lemas dan dikatakan patung-patung kat situ bergerak pada waktu malam.Heh.


Sampai je kiteorang dekat Mimaland,Kiteorang sangat kecewa sebab dah dipagar,taktau celah mana kiteorang nak masuk,kiteorang curi-curi tangkap gambar dalam Mimaland tu,dalam masa yang sama kena hati-hati sebab ada seorang cina tinggal dalam tu bersama anjing dia yang super banyak!So kiteorang hanya mampu amek gambar entrance Mimaland je.


Mak bapak anjing








Senior aku cerita,sekarang ni Mimaland dah jadi macam  dua alam,maksudnya,dalam Mimaland tu ada alam kita dan alam benda tu,kalau tersalah langkah boleh termasuk dalam alam tu,Kau nak?Silakan.Aku taknak.





Dari kiteorang buang masa tengok benda yang tak boleh masuk,Jam dah menunjukkan pukul 7,waktu maghrib.Jom kita bergerak ke tempat yang lain,Setelah dibincangkan,Kiteorang nak ke rumah doktor yang kena bunuh di jalan Bukit Tunku.Rumah ni berdekatan dengan jalan duta.Jalan nak ke rumah doktor ni pon ada cerita dia yang tersendiri,Nak tahu?Baca lah sampai habis okay.



Halaman rumah ni memang sangat besar.Rugi je ditinggalkan macam tu je kan?Bila kiteorang sampai je dekat pintu gate rumah ni,azan maghrib berbunyi,ha,memang elok la,waktu maghrib memang benda tu aktif kan.Mula-mula kiteorang parking kereta elok-elok dulu,kalau ada pape,senang nak blah,tapi sebelum aku melangkah keluar dari kereta aku,aku nampak ada satu benda putih laju je dia lari,sekilas je.Aku tegamam sekejap.Tapi aku taknak cerita lagi dekat kawan-kawan aku,takut misi kiteorang tak berjaya.





Aku,2orang lagi sahabt aku yang masuk,memang seram gila rumah ni wey.Naik bulu tengkuk aku.Rumah ni ada swimming pool ,perabot-perabot dah disusun rapi dalam rumah,ada jugak garage kereta.Banyaklah jugak gambar yang aku amik,kiteorang kena hati-hati jugak sebab tempat ni keras kan.Tiba-tiba senior aku cakap "jom balik diana".Lepastu dia cakap kalau nak cerita,tunggu kita blah dari tempat ni.Dah lepas blah,Dalam kereta aku,semua open cerita,senior aku yang ikut aku naik rumah tu cakap,mula-mula lagi dia dah nampak benda hitam dekat gate nombor dua,senior aku yang duduk dalam kereta tunggu kiteorang tu nampak benda putiih berdiri dekat gate pertama.Aku ingat aku sorang je nampak rupanya dieorang pon sama.Haih.Seram dehh.




Garage kereta

grill masuk 

Dah malam,kiteorang decide untuk lalu Jalan Girdle,dekat je dengan jalan Bukit Tunku ni,Ha.Kalau semua jalan dekat KL ni macam ni,agaknya,semua orang duduk dekat rumah je kot taknak keluar.Jalan Girdle ni sangat sunyi kiri kanan penuh dengan semak samun je.Ada sekali tu,aku drive macam biasa dan ada satu lampu jalan yang tak menyala bila aku jalan je dia menyala.Aku pon pelikla.Nak kata sensor lampu tak jugak sebab bila aku lalu lagi sekali dekat situ,lampu tu tak menyala.Heh?Rupanya senior aku pon pernah alami perkara macam ni jugak waktu 2 pagi.Aku tak berani nak cakap banyak-banyak.Tapi itulah yang aku alami.Kalau satu lampu tu ada sensor,kenapa bila aku lalu banyak kali bawah lampu tu,lampu tu tak menyala??

Okay done segala persoalan,kiteorang teruskan perjalanan ke Rumah TNB bukit tunku,Kiteorang cuma sempat lalu je dekat situ,sebab tempat tu tepi jalan je pon.Aku pon berhenti lah betul-betul depan rumah tu,aku tak sempat amek gambar  sebab senior aku dah cakap "dah dah.jom blah.Baru je sebut pasal benda tu,benda tu dah keluar.Jom Jom!".Aku yang drive,aku lagi gelabah.

Dipendekkan cerita,aku ni tak puas tengok rumah doktor tu,so aku patah balik ke rumah tu,time aku nak masuk simpang,ada ANJING menyalak dekat kereta kiteorang dan kejar kereta kiteorang sampai ke rumah doktor tu,dahlah depan tu jalan mati,kiteorang semua jadi gelabah,aku terpaksa buat pusingan dekat rumah doktor tu,Seram!Mata anjing tu merah,masa kiteorang buat pusingan tu,anjing tu betul-betul depan kiteorang dan kiteorang perasan telinga anjing tu tinggi dan menyalak sambil pandang dalam kereta aku ,lepastu anjing tu terus lari ketakutan!WTH!What actually happen?Adakah dia nampak sesuatu dalam kereta aku?Okay aku nak bagitau sebenarnya aku ada nampak bayang-bayang belakang kereta aku,tapi aku tak bagitahu kawan-kawan aku sebab aku takut dieorang takut.Done.

Pukul 11malam,aku dan seorang lagi kawan aku decide nak ke rumah banglo tepi highland tower yang pernah kiteorang pergi dulu.kali ni kiteorang pergi dua orang je sebab dua orang lagi senior aku nak balik.Dulu pergi waktu siang sekarang waktu malam.Nak drive sampai ke situ je,jantung aku dah berdegup kencang.Heh memang terbaiklah kan,sampai je rumah tu aku kena buat highbeam sebab memang gelap gila.Tiba-tiba tak sampai 2minit kawan aku cakap "Allahu akhbar" dan dia suruh aku drive dan blah dari situ.Then bila aku tanya dia,dia cakap dia nampak something dekat pokok,Warna apa?Warna putih.Sekian.


Korang cakap benda ni merepek dan korang tak percaya dengan apa aku cerita?Apa kata korang pergi sendiri dan rasa sendiri sebab malam tu aku tak boleh tidur dan aku ada dengar suara garau dekat dalam bilik aku selama 2saat.Kawan aku pulak cakap masa dia sampai rumah je,bapak dia nampak ada seseorang belakang kawan aku dan muka dia macam kawan aku jugak.Tak percaya?Terpulang.


P/S:apa lagi semua blogger dan semua followers aku,Jom kita buat team mencari hantu nak?Mencari hantu okay,bukan mencari cinta!

Monday 11 July 2011

Seram.Sesetengah mimpi korang adalah kenyataan.

Aku bukan tengah cakap pasal mimpi korang nak jadi jutawan MLM ataupun mimpi korang untuk berkahwin dengan anak sultan.Bukan.Aku rasa mimpi korang tu tak akan jadi kenyataan,Kerana apa?Kerana ukur baju haruslah dibadan sendiri,yela takkan kau nak ukur baju dibadan orang lain,marahlah orang tu,saiz baju kita semua bukannya sama apatah lagi taste kita,nanti orang cakap kita jaga tepi kain orang,tepi kain sendiri yang terkoyak tu taknak jaga pulak.

Ya.Aku dah melalut ke tempat lain,aku tahu.Baiklah.Sekarang ni aku tengah cakap pasal seram,mimpi dan kenyataan.Korang tahu tak apa yang bakal aku katakan ni?Marilah baca sehingga penghujung jalan.

Semua orang pernah bermimpi kan?mimpi dan impian itu adalah lain ya,impian korang adalah untuk menjadi seorang yang paling bahagia dalam dunia ni,Kalau dalam mimpi pulak,korang akan mimpi korang adalah orang yang paling bahagia dalam dunia.Got it?Masih tak jelas eh?Senang je nak bezakan kalau nak capai impian tu kena usaha baru korang boleh dapat dan korang tak perlu tidur untuk impian tapi kalau mimpi,korang harus tidur dan sebelum tidur kadang-kadang korang harus bayangkan benda yang korang nak mimpi tu.Faham?

Mimpi yang akan aku ceritakan dekat korang ni adalah bukan mimpi biasa,mungkin akan membuatkan korang untuk makan pil tidur selama seminggu.So,fikir semula,nak baca ke tak entri aku ni?

Entri ni tak adalah berunsurkan korang sangat,aku rasa nak cerita apa yang aku mimpi dan mimpi itu adalah nyata tanpa kita sedari.Kata orang,kalau kita mengalami mimpi dan dalam mimpi tu kita berada di tempat yang sama yang kita tengah tidur tu,maknanya perkara tu memang benar-benar berlaku,cuma ia taknak  berlaku di alam nyata,ia nak kita alami dalam mimpi tapi dalam masa yang sama boleh rasa di alam nyata.Wallahualam.Tak percaya?So marilah aku cerita dekat korang pengalaman aku tentang mimpi yang sebenarnya benar ini.

#kisah satu
Masa ni aku atas king bed mak aku,aku tidur terlentang dan berselimut,Memang nyenyak gila aku tidur,Tiba-tiba aku bermimpi,seram sangat dan mimpi tu aku ingat sampai sekarang walaupun ianya berlaku pada tahun lepas,dalam mimpi aku tu,aku telah didatangi oleh pontianak yang sangat seram muka dia,rambut dia jangan cakap lah.memang mengerbang,aku hanya mampu beristifghfar kalau nak cerita pasal muka dia pulak,dalam mimpi aku tu,pontianak tu datang dekat aku dan duduk atas badan aku dan cekik aku,aku boleh nampak muka dia,aku ingat lagi cara dia cekik aku,aku meronta-ronta nak jerit tak boleh.Bila aku tersedar dari mimpi aku tu,aku di posisi yang sama,dan leher aku sakit,ada kesan merah!

#kisah 2
Sekarang ni aku nak cerita pasal mimpi yang dialami oleh kawan aku,dia tengah baring atas katil sambil peluk bantal panjang dan berhadapan dengan dia ada kakak dia yang tengah menyusukan anak,masa dia tengah sedap tidur,dia mimpi yang bantal panjang yang dia peluk tu sebenarnya adalah pocong.Lepastu dalam mimpi tu,kakak dia boleh pulak tegur "dik apa yang kau peluk tu?".Kawan aku cakap dia cuba nak buang bantal tu tapi tak boleh,bila dia sedar je dari mimpi tu,kakak dia masih berada di tempat yang sama,dan kawan aku juga masih memeluk bantal panjang tu!

#kisah 3
Cerita seterusnya terjadi tahun 2009,masa ni aku masih study di UiTM Lendu,Melaka,Aku stay kolej dengan 3orang kawan aku,dalam bilik tu,ada dua katil double decker,aku dapat katil yang bahagian atas,satu malam,sebelum aku tidur dan aku taktau kenapa panas sangat bilik tu pada malam tu,tapi aku layankan jela sebab esoknya aku ada kelas,bila aku dah nyenyak,biasalah aku pon mimpi,aku mimpi yang aku kena tindih dengan benda hitam,dan aku tak boleh bernafas,bila aku terjaga,itulah yang aku rasa,aku tak boleh bernafas.Kebetulankah?

#kisah 4
Okay aku rasa atas ni dah ada 3cerita hantu,kalau aku cerita semua,nanti ada pulak yang salahkan aku sebab kena makan ubat tidur untuk malam ni.Baiklah,yang last sekali ni bukan cerita hantu,aku terus jela cerita dekat korang eh,ada satu malam,aku mimpi yang aku makan mentah-mentah seekor ayam tanpa bulu ,aku ratah habis-habisan,padahal sebelum aku tidur aku takde pula makan ayam ataupun bayangkan ayam,bila aku tersedar je dari tidur,MEMANG mulut aku terasa darah ayam,rasa hanyir.

Tak percaya dengan kisah aku?macam mana aku nak buktikan dekat korang?Ohh.ada satu cara iaitu sentiasa berdoa yang korang mengalami perkara yang sama macam aku kena ni.Terbaik

P/S:ada cerita menarik yang lebih kurang macam aku?Share please.Aku nak baca jugak!(:

 Rasa macam dah lama pulak tak tengok video ni kan kawan-kawan?Kita layakan kejap lah


P/S:Okaylah kawan-kawan memandangkan aku post nak bagi korang baca ni tepat pukul 12.10 tengah malam,aku nak Off dan nak tidur sambil peluk adik aku.Kbai.

Thursday 7 July 2011

Subhanallah!Hari ini salji turun di gurun paling gersang di dunia!

Baru sekejap tadi,sahabat aku tanya dekat aku "wey kau tengok berita tak tadi?".Aku excitedlah tanya balik kenapa sebab aku ingatkan muka aku masuk TV ke apa.ehehe.Okay tak kelakar.
Rupanya dia nak cakap dekat aku yang salji dah turun dekat gurun paling gersang di dunia,iaitu gurun Atacama,Chile.

Korang pernah dengar tak yang antara tanda-tanda kiamat ialah turunnya salji di negara arab,tempat kering.
dan tahukah korang pada tahun 13 januari 2002,telah turun salji yang sangat lebat di daerah riyadh,ibu kota arab saudi.Korang tak risau ke,tiba-tiba turunnya salji di tempat paling gersang di dunia!Korang patut buat reaksi "APA!!" bila baca penerangan aku tu.Korang boleh baca pasal turunnya salji ni dengan tekan INI.

Daripada sekering ini.



Tiba-tiba kepada ini.

Persoalannya adalah dunia semakin tua,dan bilakah kita ingin berubah kepada yang lebih baik?Kalau bukan saat ini sekalipon.Bila lagi?tanya diri korang.Bila lagi.



Post kali ni aku nak share dekat korang kenapa terbukanya hati aku untuk berubah,untuk memakai tudung.Ada yang tak sedia maklum,aku dulu free hair dan aku mengaku aku seksi,tapi alhamdulillah walaupun aku takdelah baik sampai tak ada buat salah ,cuma aku menjadi lebih baik daripada dahulu.Entri ni aku dah pernah post dekat Facebook pada  hari jumaat, 21 januari 2011, 6:44pm.Aku nak share kepada blogger pulak.Yang buruk datang dari aku,yang baik datang dari Allah s.w.t.

Moh mulakan bacaan anda!



Assalamualaikum semua..
Nota sy kali ni.bkn untuk bangga diri,takbur jauh sekali bongkak.tp sekadar ingin menceritakan pengalaman dan renungan same2 islam.


Syukur..di waktu ini Allah s.w.t telah  membuka hati sy utk mengikut ajaranNYA iaitu bertudung.setelah bertahun tidak bertudung,dengan berkat doa mak ayah dan sy sndri.akhirnya DIA membuka hati sy utk menutup rmbut sy.


Ya.semua kwn2 FB sy tahu mcm mana pemakaian sy sblm ni.Cukup terbuka.kdg2 sy sndri malu dgn apa yg sy pakai.tp sy manusia yg tak lari dr buat ksilapan.drpd dulu ayah sy pesan,pakailah tudung,itu satu hukum.tp sy hanya menjwb.sy tak bersedia.sy taknak pakai tudung and suddenly bukak blk.malukan kaum pkai tudung sja.sy msh rmai kwn yg tak bertudung.dan sy hormat mereka sbb sy pernah menjadi spt mereka.mmg.hal ni sensitive.kita kene buat dgn rela.jgn dipaksa.insyallah berdoalah setiap hari dan dekatkanlah dri dengan agama,nnt kite sndri akn sedar knpa,apa dan bgaimana nak brubah.


Ya Allah..sesungguhnya sy teringt dosa2 lampau sy..tinggal solat bila keluar jalan2.tak ingt dia.sedih dan ingin sy nangis.jujur sy ckp.bile ayah sy tanye dah solat blm,dkat kLCC ada surau tak.tp sy ckp dah.tp ternyata tak.begitulah apabila kita termakn dgn hasutan syaitan dan keseronokan smentara.Tp Alhamdulillah..skarang sy insyallah bersolat walaupun berada di luar..


Lg satu..sy bukak youtube dan dgar budak2 mengaji.sgt merdu.sedih..sebb sy baca pon tak semerdu tu..


Betol.kita blh berseronok.tp jgnlah lupa padanya.sy tahu.rmai ckp perubahan sy sgt mendadak.sy bersyukur krana tlh dikurniakan kwn yg sgt baik.sy akui dia byk mengajar  sy.dia seorang kwn yg sgt baik.sahabat teman seperjuangan.
Hati sy tak tenang sebelum ni.byk nak berfikir.camne nak buat rambut.nak rebonding.nak curl apa semua.tp skang tak lg.sbb sy takkan tunjuk kpd siapa yg bkn hak.sy akn tunjuk pd suami sy sja(;


Kecantikan bkn utk slamenye kan..dan dunia ini juga bkn utk slamenye.sy sedar.sblm2 ni ada je kwn2 FB yg menegur gmbr2 sy.terima kasih banyak2(,:saya hrgai semua itu.


Sy terdetik utk memakai tudung ni dah lama.tp banyak sekali halangan.satu hari sy dan kwn sy pegi kedai buku.dn sy pergi ke bhagian agama.byk btol buku2 agama islam.sy tertark dgn semua skali.buku pertama yg sy pegang.la tahzan,jangan bersedih.kemudian buku besarnya doa seorang ibu.tapi..sy lebh tertarik kpd buku perkara ghaib dan aneh yg berada didunia.mcm2 gmbr yg ditunjukkan,kuasa Allah s.w.t.selesai bca buku tu.sy membeli buku ARMAGEDDON 2012 BENCANA AKHIR ZAMAN,dari Muhammad Alexander.Buku ini ditulis sblm filem 2012 ditayangkan lagi.menceritakan 2012 menurut pndgn dan kajian islam.












“Maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata dan menyeliputi seluruh manusia,inilah azab yang pedih”
(Surah ad-dukhan,ayat 10-11)


Sy  sgt tertarik dgn buku ini.sy baca kesemua skali.termasuk hadis2 skali.stlh sy bca Astaghfirullahalazim betapa sy tak sedar bhawa dunia ini sudah sgt tua..seperti seorang tua yg sedang ruku’..bayangkanlah…
Buku ini jga menceritakn ttg bagaimana kemusnahan dunia akn berlaku dgn sekelip mata.siapa dajal.siapa yakjuj makjuj.bayangkanlah kalau kita tak sempat nak berubah tp dah tiba hari kiamat.mcm mana?YA ALLAH,aku bersyukur pdmu kerna kau msh beri peluang pdku…sekrg pon kte dah dpt rase setahun bagaikan sebulan.sebulan bagaikan sehari kan?tp itu semua hanya Allah s.w.t yg mengetahui.tp sy hny mampu berdoa smoge sy sempat buat semua yg disuruh.dlm hati sy msh tertanya2,knapa sy tak sedar semua ni dulu),:




Bersegeralah melakukan amal-amal soleh sebelum datangnya enam perlkara iaitu:Dajjal dan  Ad-dukhon”(sahih muslim.bab fi baqiyyah min Ahaaditisi Ad-Dajjal 18;87)




“Demi masa!Sesungguhnya manusa itu dlm kerugian,kecuali org2 beriman dan beramal soleh.dan mereka pula berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan pesan dengan sabar”(Al-Asr)


Alhamdulillah.telalu byk hadis yg ada dalam buku ini yg byk menyedarkn sy bahwa hidup bkn utk slamenye dn hanya pinjaman semata2.kdg2 air mata sy mengalir mengenangkan besarnya dosa sy.dan teringtkan kuasa Allah S.W.T.
Buku kedua yg sy baca 9malam dialog islam kristian mengenai ketuhanan.sesungguhnya islam itu adalah sebaik2 agama.dan islam itu mudah.bacalah sendiri buku ini jd.kite semua akan Nampak betapa indahnya islam di dunia(,:


Lpas pakai tudung..hati sy lebih tenang dn sy lebih gembira..ntah sy tak reti nak terangkan.satu perasaan yg indah..walaupun sy masih bru belajar.sy ingin perubahan ini untk selamanya.insyallah.tlg doakan sy.(:
Maafkan sy.sy post article ini bkn utk bongkak,atau bangga dri.kalo korg rsa mcm tu.sy mintk maaf.
Yg baik dtg dr DIA yang buruk adalah kesilapan sy sndri.


Wallahualam.
Dya mohamad(:


P/s:sesiapa yang masih berminat untuk beli buku tu,dan nak tahu ringkasan tentang buku tu,boleh baca dekat SINI .sekian.

Monday 4 July 2011

Seram,Kau suka salakan anjing di waktu maghrib?

Cuba korang lalu depan rumah bukan islam,mesti mereka ada bela seekor anjing yang bulu lebat warna putih dan anjing tu sangat kecik sampai korang nak cakap "Alalala comelnya macam kucing,rasa nak bela pulak".Lepastu cuba dengar anjing tu menyalak,suara anjing tu macam tersekat,korang masih cakap comel lagi kan?

Okay,cuba guna situasi yang sama macam dekat atas ni,tapi yang bezanya adalah anjing tu besar,bulu tak berapa nak lebat berwarna hitam mesti korang akan cakap "Bapak besar anjing ni,warna hitam,hesh".Lepastu bila anjing tu start menyalak,suara anjing tu garau dan macho mulalah korang cakap macam ni pulak "urghhh! aku takut dia lompat dari pagar tu and kejar kita".

Semalam aku terdengar salakan anjing besar bukan yang berwarna hitam tapi yang berwarna cokelat taik unta.Pukul 7 petang,aku parking kereta bersebelahan rumah pemilik anjing tu,rumah pemilik anjing tu rumah corner lot.Anjing tu punyalah berusaha gigih untuk menyalak dekat kiteorang,haruslah kiteorang takut sebab anjing tu besar dan boleh je beliau nak melompat kalau beliau nak,telinga beliau tinggi masa tu,macam nak memberi isyarat pada sesuatu.Belakang kiteorang masa tu adalah rumah tinggal dan tepi kiteorang adalah highland tower.Kiteorang hanya terfikir dua benda je masa tu antara anjing tu marah kiteorang lalu kawasan beliau ataupun beliau nampak sesuatu belakang kiteorang,macam nak beri amaran la.

Korang tanya aku buat apa berdekatan dengan highland tower tu? highland tower ni terletak di jalan hillview,Ulu Kelang,Selangor.Kepada anak-anak kecik yang taktahu apa itu highland tower,tak apa biar akak bagitahu.Pada tahun 1990,bangunan tu runtuh dan telah mengorbankan banyak nyawa,yang paling menyayat hati ada mayat masih memegang alquran.Nak tahu lebih lanjut?baca ni

Kenapa aku ke sana?Aku ni suka perkara yang adventures.Dengar cerita,dekat situ banyak hantu,aku pon nak pergilah sana sebab memang dari dulu lagi aku minat benda-benda macam ni,tahun 2006 kan,famous dengan cerita seekers,aku pernah nak menjadi sukarelawan mereka,tapi mak aku tak bagi sebab dia kata "Awak jangan nak merepek,awak sekolah lagi".Fine!Sekarang ni kita dah habis sekolah,bolehlah kan mak?ehheh.

Lepas aku parking kereta aku depan laluan nak ke highland tower dan bersebelahan dengan rumah pemilik anjing,kiteorang dah seram dah dekat situ sebab anjing tu punya pasal lah.Damn!kiteorang siap bawak besi sebab dengar cerita dekat higland tower tu ada kumpulan black metal dan ramai penagih dadah,kalau kena kacau senang sikit kiteorang nak pukul dan lari.
Korang cakap "beraninya kau dya mohamad".Eh ingat aku berani sangat ke,aku takut takut berani je.




Korang tengoklah betapa banyaknya semak sebelum aku boleh meredah masuk ke highland tower ni,tak fikir pulak kemungkinan dekat semak tu ada ular,buaya,tikus,kalau kiteorang tersesat dalam semak tu macam mana?Lagipon sebelum dapat masuk kehighland tower ni,banyak onak dan duri yang kiteorang kena tempuh.

Waktu maghrib memang benda tu aktif,opps.Korang tanya "kau tak buat persiapan solat maghrib ke dya?".
Aku tak buat langsung persiapan untuk solat maghrib,telekung pon aku tak bawak.Jahat tak aku?Tak jahat sangat kot sebab masa tu bulan tengah mengambang.


Kiteorang sebenarnya tak berani sangat nak pergi highland tower berdua je memandangkan kiteorang ni hanyalah wanita yang bermodalkan air mata,jadi kiteorang decide untuk pergi ke rumah tinggal berhadapan rumah highland tower,sebab takpayah kiteorang nak meredah semak semua,pagar rumah tu memang dah terbukak luas,kalau pergi di waktu malam memang seram gila,Seriously rumah tu memang seram dan rumah ni jugaklah antara penyebab anjing tu menyalak tak tentu pasal.Anjing punya anjing!


.


Kalau sesiapa yang pergi highland tower pasti akan dijamu dengan rumah ini sebelum pergi ke highland tower kan?
Jap aku dengar bisikan korang waktu korang tengok gambar ni,korang cakap"apa barang pergi rumah ni,Pergilah highland tower terus,pastu ada ke pergi waktu maghrib,pergilah pukul 12malam".Fine!Cuba korang pulak pergi pukul 3pagi.ada bran?


Nak dijadikan cerita,sebelum kiteorang melangkah masuk ke rumah tinggal ni,bulu roma dah meremang disebabkan anjing tadi.Kau ni Dya dari tadi asyik anjing anjing anjing je.ehehe.

okay okay,sebelum kiteorang melangkah masuk ke rumah tinggal ni kiteorang dengar satu bunyi yang sangat menyeramkan dan bunyi tu datang dari highland tower,kiteorang dengar bunyi tu sebanyak dua kali dan dua kali tu jugaklah terhenti langkah kiteorang nak masuk rumah tinggal ni.Aku taktau bunyi apa,but bunyi tu sangat kuat macam bunyi tembakan pon ada,macam kasut but yang dihentak pon ada.Kiteorang sendiri pon taktau.Tapi kiteorang tekadkan hati jugak walaupun dah maghrib and ada bunyi,kiteorang nak masuk jugak rumah ni.

First bila kiteorang masuk,kiteorang dijamukan dengan sekeping frame gambar yang terbalik.Aku nak tau tu gambar siapa,mungkin gambar erra fazira dalam potret mistik but kawan aku cakap "jangan sentuh".Fine.

Mulut aku tak berhenti baca ayat kursi,yang bertambahkan dramatiknya,apabila aku dapat dengar sayup sayup alunan bacaan alquran.

Kiteorang beralih pula ke ruang tamu rumah tinggal ni,ada kerusi,cantik pulak tu,tapi sayang dinding penuh dengan contengan,yela rumah tinggal kan,jadi sarang penagih dadah,budak-budak nakal lah nak tunjuk kreativiti.

Bila kiteorang nampak tangga,hati memang terasa sangat nak naik tapi masing-masing takut,nasib baik tangga tu besar,boleh naik berdua,kalau tangga tu kecik,aku terpaksa jalan di depan kawan aku dibelakang.Mak takut nok.




Sampai je dekat atas,Wahh.aku sangat kagum dengan rumah tu,sangat besar dan cantik,wordrobe dia besar gila untuk setiap bilik,kalau korang nak main masak-masak dalam tu pon boleh.Aku ada la nak masuk satu bilik ni,then aku nampak ada sepasang kasut sebalik pintu tu,aku jadi takut sebab terfikirkan penagih dadah,black metal,heh semualah geng jahat but alhamdulillah cuma kasut je,orangnya tak ada.



Pandangan dari bilik atas.
Aku pon mengambil peluang untuk menagkap gambar bilik-bilik gelap yang ada contohnya toilet,aku rasa cantik jamban dia sebab warna biru,toilet tingkat bawah warna biru,toilet atas warna hijau.Terus aku teringat rumah aku sebab toilet tingkat bawah rumah aku warna biru,toilet tingkat atas warna pink(,:

Toilet tingkat atas

Toilet tingkat bawah
Macam mana gambar ni semua terang?Senang je jawapannya,Aku pakai flash la oi.
Malas nak cerita panjang lebar,Let me share with you some of the pictures.Wahhh gitu.
Bilik ni aku tak masuk sebab seram sangat.

asyik nak mencarut je budak-budak ni.hesh

Gunakan bantuan flash untuk kurangkan tahap keseraman.


Masa aku tangkap gambar ni,aku terfikir cerita hantu yang ada rambut hantu tu panjang keluar dari lubang ni.


Semak belakang rumah.Eh,pokok pisang,siapa yang suka bertenggek kat pokok pisang?Err



Kiteorang tak pasti kiteorang keluar daripada rumah tu pukul berapa,yang kiteorang pasti adalah kiteorang tangkap gambar ni dan beberapa keping gambar dan terus pulang.Ada hantu tak ikut kiteorang balik?Entahlah.Mungkin tidak.



Lepas kiteorang habis menjelajah rumah tinggal tu,aku terfikir cerita pakcik aku yang ada hantu pontianak ikut dia balik rumah dan pontianak tu duduk atas bumbung kereta pakcik aku.Ramai jugak yang cakap dengan aku "kau tak takut hantu tu ikut kau balik rumah ke dya?".Aku tanya balik kenapa,then dieorang cakap "sebab hantu tu suka kaulah dia ikut kau balik".

Aku rasa nak sangat tau siapa pemilik rumah tinggal yang cantik ni,mungkin aku akan tau jawapan dia dengan terbalikkan frame gambar yang first aku jumpa tu?


p/s:siapa-siapa yang nak pergi rumah hantu yang best,sila inform aku,sebab aku nak ikut,Eh aku serius la.Tak percaya?Try ajak aku tengok aku tolak ke tak,tapi pastikan area lembah klang sahaja.Bye

p:s/okay benda ni sebenarnya tak seram pon.Bahahah.kbai