I appreciate them.

Wednesday 25 May 2011

PEREMPUAN ITU.

Ikuti perbualan dua perempuan ini:
A: "Hoi perempuan kalo tak puas hati datangla dekat sini,jangan gebang je cakap dowh!"
B: "ahh MADERFADER la kau!kau ingat aku takut dengan kau!"
A: " habis tu kalau kau tak takut apsal kau bawak backup??"
B: "eh suka hati aku lah nak bawak backup satu kampung ke hape,yang kau takde backup langsung mesti semua orang tak suka kau.kahkahkah"
A:"kurang aja btol ko ni.nah hamek ni!"
 Scene bergaduh bermula.


Apa yang dah jadi lepas tu?LA.aku  suruh korang ikuti je perbualan tu.kalo perbualan tu setakat tuh je,setakat tuh jela yang korang kena ikuti.HAHA:D
Okaylah,aku serius sekarang ni,hari ni aku rasa nak cakap pasal perempuan.Perempuan ni ada banyak jenis contohnya perempuan gedik,perempuan mengada-ngada,perempuan sopan santun,perempuan,isteri dan dot dot dot.

Korang tak boleh bosan baca pasal perempuan,sebab perempuan adalah sangat penting dalam hidup manusia,terutamanya lelaki,kan kiteorang ni sumber inspirasi korang.ehehehe.bukan eh?Takkan gay kot inspirasi korang.

Tapi aku taknak lah terangkan terlalu banyak jenis-jenis perempuan,jenis dia memang tak terkira pon.Entry ni akan menolong korang untuk membezakan perempuan gedik dan perempuan mengada-ngada.Macam sama je bunyi dia eh?pada aku mereka berada di tempat yang berbeza.

Untuk perempuan mengada-ngada ni,mereka lebih kepada BF mereka,tak percaya?pernah tak korang tengok situasi dimana tali kasut GF tercabut lepastu BF yang betulkan.Pernah?"ala tu sebab BF dia sayangkan dia".Pada aku,itu bukan sayang,itu nama dia balaci GF,yang GF ni mengada-ngada tak reti nak tunduk lepastu ikat sendiri.tak boleh ke?Lagi satu situasi,GF suruh BF pegang beg tangan,ni dah banyak kali aku tengok ni,kalau aku,aku memang takkan bagi bakal BF aku pegang beg tangan aku.come on girls!beg tangan diciptakan untuk perempuan bukan lelaki!Eh perempuan mengada-ngada memang tak boleh buat sendiri la,tak boleh berdikari dan nak tunjuk kengadaan dia kat semua orang yang dia pon ada BF,orang lain tak ada.

Perempuan gedik?Wow!sakit mata aku tengok perempuan gedik ni.sikit-sikit nak terkinja-kinja dengan kawan-kawan,nak tunjuk dia paling menyerlah antara kawan-kawan dia,so dia kenalah buat aksi gedik terlebih sikit supaya dia dikenali ramai dekat situ.jangan kata korang tak pernah nampak perempuan terkinja-kinja dekat shopping complex,kibas-kibas rambut,kaki menggelitis,bila Bf taknak belikan baju kegemaran Gf,si Gf merajuk,buat muncung panjang sejengkal,lepastu bila dah pujuk,konon tak makan dek pujuk,hentak-hentak kaki sambil cakap "taknak"Tak pernah?anda tipu.Kalau tak pernah jugak.sila bayangkan cara Ratu rock Ella bercakap.Itu gedik bagi aku.

Itu hanya pada pandangan aku.Korang tanya aku di kategori mana?aku di kategori perempuan degil.Bye.

Monday 23 May 2011

Untuk Blogger:Jangan bersuara jika takut dihentam dan dikritik

Banyak blogger yang aku tengok sekarang ni buat entry yang macam-macam,bukan aku nak cakap entri sampah,kadang-kadang entri tu berguna jugak,bila dah buat entri tuh,adalah cik anon ataupon anonymous akan komen,komen yang menghentam blogger itu sendiri.Komen tu agak kurang ajar jugaklah mungkin sebab cik anon tu sekolah sampai darjah 6 je,sempat belajar huruf A sampai E je,lepastu cikgu dia mati kena langgar lembu,sebab tu,takada etika.

Dua,tiga hari lepastu,pada blogger yang dalam hati dia ada taman,mesti blogger tu akan delete komen cik anon tu,malu katanya.Lepastu bila cik anon bukak  balik blog tu,and nak tengok komen dia yang lama,dah tak ada,kena delete.dalam hati cik anon mesti fikir yang blogger tu hati kecik,penakut,so dia pon post la lagi,nak provoke si blogger.

Dekat sini aku nak tegaskan,kalau korang tak bersedia untuk menerima haters,stalker,komen yang datang dari seluruh pelusuk negara,tak payahlah korang nak jadi blogger tegar sangat,komen sikit dah touching,kena hentam sikit,dah deactivate,delete blog,menangis,kalau macam tu,kau takpayah jadi blogger,jual cekodok depan rumah lagi bagus,dari kau buang masa dengan semua ni,tapi tak boleh jugak kan,kalau kau jual cekodok lepastu orang cakap tak sedap,takkan kau nak lingkupkan bisnes kau terus?itu yang kita tak mahu ya!

Blogger hanyalah manusia yang berkongsi idea,pengalaman dan pendapat kepada semua pembacanya,kadang-kadang pendapat blogger tu pon tak boleh pakai,sebab tu dia "mendapat" dengan cik anon.

Aku tau la korang nak menyegak walaupun bertudung. Tu aku tak heran la. Tapi serius aku MENYAMPAH gile tengok korang pakai tudung yang pendek gile...nampak tetek 2 ketul... Pejadahnye ni? Bukan ke kena pakai tudung tutup dada? Ke buah dada tu tak termasuk dalam zone dada? Ko pikir ko sorang je ke ada tetek nak tayang dekat orang? Aku pun ada la! Untuk bagi visual lebih real, aku xpakai tudung pastu pakai low cut neck punya baju. Ok tak? So apakah motif korang pakai tudung tunjuk tetek ni? Apakah ilusi yang korang cuba tampilkan?
Sesetengah blogger memang sangat berani mengetengahkan isu-isu baru,ni memang aku respect habislah,tapi kalau dah sentuh isu sensitif macam "carutan untuk minah bertudung urban","kismis doa,pundek".Itu bukan terima respect dari aku,tapi nak terima setepek dari aku,bukan dari aku je,tapi dari blogger yang lain.Tapi,yang bagusnya blogger macam ni,dia takkan sesekali delete komen yang menghentam dia,malah dia akan buat entri yang lebih carut dari sebelum-sebelum ni,dalam fikiran dia,kalau dia delete,kalah lah dia dengan cik anon.

Pada aku,biarlah si komentar nak komen apa pon tentang entri kita,sebab tu hak mereka,kuasa pembaca lah katakan,eh bagus apa orang komen blog korang,dari orang tak komen langsung?tak ke rugi namanya tu,sebab kalau korang layan mereka dengan baik,mereka akan datang balik ke blog korang.Ala,biarlah mereka nak komen apa pon,komen tu,walaupun ia satu kutukan,tapi untuk kebaikan kita jugak,untuk menjadikan blog kita lebih baik dari sebelumnya.

Setiap kali menerima kritikan atau kutukan,aku rasa blogger tak perlu buat kenyataan balas dengan buat entri untuk si polan dan si polan,membuang masa korang je mencari idea untuk hentam si komentar tu balik,buat tak reti sudah,kalau layan buat sakit hati je.Lagi satu cuba fikir,kalau korang asyik terima pujian je,bila nak maju?korang jadi makin riak adalah,plus entah-entah orang yang memuji korang 24jam tu sebenarnya nak mengampu korang je.HA,yang mana korang nak?Bawah ni ialah contoh kenyataan balas oleh seorang blogger.Nama dia apa?google is your friend.

KALAU AGAK2 NAK KOMEN TAZKIRAH LETAK SATU JUZUK ALQURAN PUN, AGAK2 LA KELDAI... TAKKAN AKU CITE PSL TETEK, KO NAK KOMEN PSL KADAR KEMALANGAN JALAN RAYA...


TAKKAN AKU CITE PSL BAPAK KO JATUH DALAM LUBANG TAIK, KO NAK KOMEN PASAL PEMANASAN GLOBAL...


KOMEN TU BIAR BERKAIT DENGAN POST LA SIAL...KO NI BELAJAR SAMPAI DARJAH BERAPA SIAL... DALAM EXAM DULU LAIN SOKLAN TANYA, LAIN KO JAWAB TAK? BODOH MACAM KELDAI.. KELDAI PUN KALAU JUMPE KO DIA CKP KO LAGI BODOH DARI DIA.


SUSAH TUL BILA SEKAWAN KELDAI MASUK DALAM LADANG AKU NI DAN MEROSAKKAN TANAMAN2 AKU... HAIZ...


NAK KOMEN SAMA2 BERDOA KE, NAK WAT SEMAYANG HAJAT KE, NAK SEMAYANG SECARA MARATHON BERGILIR2 KE, TU KO NYE PASAL LA.. TAPI KOMEN LA KAT POST YANG KAPIR LAKNAT SANGAT TU..PEHAL AKU CITE PASAL BENDA LAIN, KO NAK KOMEN DOA2 NI.. TAK KE KONPIUS ORANG LAIN BACA TETIBA JE KO NAK KOMEN CAMTU? BODOH SIAL..


PASNI AKU DELETE KOMEN2 HARAMJADAH YANG TAK BERKAITAN DENGAN POST AKU. SEBAB? SEBAB NI BLOG AKU. NAK KOMEN KUAR TOPIK, KO GI TEPI JALAN TUNGGU LORI LALU PASTU LAJU2 LINTAS. MAKASIH.



Biarlah orang nak cakap apa pon pasal blog korang,asalkan "eh,blog aku,suka hati aku lah nak cakap apa"
dan terima segala teguran dan kritikan orang lain,jangan jadi pengecut.


P/s:Kita hidup adalah kerana Allah s.w.t bukan kerana pujian,dan kita mati adalah kerana ajal bukan kerana kutukan.bye.

Saturday 21 May 2011

Makanan yang tak boleh dimakan


Mesti korang terkejut tengok entri aku ni.Mesti korang tertanya-tanya makanan apa yang tak boleh dimakan ni kan.Baiklah aku batgitau sekarang,makanan yang tak boleh dimakan dimenangi oleh kerang,daging,ikan keli dan belut.WHAT  dya?tu semua makanan fevret aku sepanjang tahun!ajaran mana kau bawak ni!Aku dahlah suka order kerang bakar,daging masak merah,ikan keli masak cili,sushi belut!wey,relaks lah der aku tak habis cerita lagi.jangan la gelabah tapir.Sebenarnya aku nak cerita makanan yang tak boleh dimakan oleh aku.Pedaaa.Lain kali jangan sentap dulu.


Dya,kenapa kau keluar makan dengan aku.pastu aku order kerang bakar kau tak makan?terbaik kot derr!
Bukan aku taknak makan der,bukan aku taknak jaga hati kau,tapi hati aku siapa nak jaga der?takkan aku nak pura-pura suka makan kerang bakar depan kau,lepastu aku buat alasan nak angkat private call,aku pergi jauh-jauh dari kau,pastu aku muntah balik kerang yang aku makan tadi,aku taknak macam tu der.Meh aku bagi alasan yang kukuh,Aku tak suka makan kerang sebab setiap kali mak aku bawak balik kerang dari pasar and letak dalam mangkuk,kerang tu mesti ternganga lepastu nampaklah isi dia yang warna merah tu,kadang-kadang isi warna merah tu bergerak,lepastu bila letak air kat isi dia,kerang tu tutup cengkerang dia balik,geli  sampai melompat-lompat aku!Baru kelmarin aku buat kerja jahat,mak aku beli kerang,bila dia ternganga aku letak air chocolate.Ya katakan aku memang jahat.


Dya,mak kau masak daging masak merah,apsal kau tak makan?anak derhaka betulla kau ni
Anak derhaka?melampaulah kau ni!Mak aku pernah je cakap banyak kali dengan aku,"kak dulu masa awak kecik2,mak selalu je suap awak makan daging,daging tu fevret food awk yg awk tulis dlm biodata kot dulu!".Itu dulu ya kawan2,waktu aku kecik dan molek.Orang cakap budak-budak kecik ni,dari kecik kita kena didik ,cakaplah apa-apa pon kat budak kecik tu,mesti budak kecik tu dengar.So itulah yang terjadi dekat aku,masa kecik2 dulu,kalau raya korban,mesti nak aku nak g join tengok lembu kena sembelih.bila aku tengok lembu tu menangis,aku jadi kesian.Balik je rumah aku cerita kat mak aku "Mak,kesian lembu tu nangis bila kena sembelih",Mak aku pon jawab "kalau kesian,daging dia awak tak boleh makan".So sampai dah ke besar ni lah aku tak sentuh daging.




Dya,ikan keli masak cili api dekat kafe fevret kau pon,kau tak suka?dia masak sedap kot!
Heh,sedap?aku peduli apa dia masak sedap ke tak,walaupun tu fevret place aku,aku taknak jugak makan masakan ikan keli dia!Kau tanya kenapa?meh aku jawab,sebab masa aku kecik dulu,jiran aku yang jaga aku,one day,aku sibuk nak tengok dia masak dekat dapur,tiba-tiba aku nampak baldi biru,dalam dia penuh dengan ikan warna hitam,banyakkk sangat!Petang tu,aku tengok makcik tu amek ikan dalam baldi biru tu,dia dah potong ikan tu,tapi ikan tu masih bergerak lagi,aku jadi geli,makcik tu buat ikan keli masak lemak,walaupun nampak sedap aku still tak sentuh.Sampailah dah ke tua ni hah,bila kawan2 aku jemput aku makan ikan keli,mesti aku terbayang ikan keli mengedik2 bergerak lepas kena potong.


Dya,kalau belut pulak,apa alasan kau?
Kalau belut?sebab aku tak suka makan binatang yang berkulit licin-licin ni,nak pegang dia lagilah aku tak boleh tambah dengan kulit dia yang warna hitam tuh.Aku cerita sikit lah eh,kawan aku pernah kenakan aku,dia kenakan aku dengan  suruh aku makan satu sushi ni,atas dia macam ada benda panjang warna hitam,aku makan jela,bila dah sampai perut,dia cakap "sedap tak belut tu?".perghhh memang nak termuntah balik aku masa tu,tapi aku tak muntah balik,sebab masa tu aku makan dekat sushi king KLCC,jaga standard.


Lepas baca post aku ni,korang jangan tak makan pulak semua makanan fevret korang yang aku tak boleh makan ni.Ala,tapi korang peduli apa,sebab aku yang geli bukan korang kan.hahaha:P


p/s:okay bye.

Thursday 19 May 2011

seriously,dah tak ada aktiviti lain eh nak buat selain semua ni??

Kalau keluar dating,keluar dengan kawan,dengan skandal,dengan kawan facebook,memang dah tak ada aktiviti lain eh yang boleh kita semua lakukan?korang tak bosan ke buat benda yang sama tiap kali keluar?kalau korang semua tanya aku,memang aku akan jawab,ya aku bosan sebab aku dah buat banyak kali!dari aku merepek lebih panjang,baik aku bagitau korang aktiviti apa yang membosankan yang semua orang dan aku lakukan setiap kali keluar walaupun tak ada duit tapi nak keluar jugak,mak dan abah dah cakap "jangan keluar,duduk rumah,tolong mak tanam bunga".taknak nak keluar jugak.

sebelum mulakan apa-apa,bila dah jejak je dekat times square,ahh tak kesahlah mana-mana shopping complex yang ada,perut pon dah buat hal,mesti nak pergi makan dulu kan.okaylah jom kita pergi makan dekat foodcourt atas,nasi goreng dia memang sumpah mahal dan ciput je,konon hotel bagai.Kalau nasi goreng mak aku masak,banyak,boleh tambah banyak kali dan tak mahal pon.eheheh.Tapi foodcourt dekat times square dah tak ada,harap maklum.

Memang dah tak ada kerja lain selain benda ni.aku rasa korang pon boleh teka apa benda yang aku nak cakap kan?tak dapat teka lagi?tengok wayang lahhh.kalau keluar je,mesti nak tengok wayang,ayat bosan dia mesti bermula macam ni "burppp,kenyang,wey pas ni kita nak buat apa?"kawan,gf,bf,skandal korang pon akan menjawab macam ni "tengok wayang jom?".duhh.aku pon taktau mana nak buang penyakit tengok wayang kalau keluar ni,aku rasa tengok astro first kat rumah sambil baring,pakai seluar pendek,dengar mak bebel lagi best sebab panggung wayang tak boleh buat semua tu.

Lepas dah tengok wayang mesti korang taktau nak buat apa lagi kan?pe lagi,bila nampak karaoke RM1.00 terus bantai pergi walaupun tempat tu dah macam gampang ,nak pilih lagu pon kena scroll ke bawah,kena masukkan nombor and screen kabur macam karaoke galaxy ampang.Bila turun bukit bintang je,mesti korang akan pergi ke jalan imbi,KTV kan.tapi mesti dapat jawapan yang mengecewakan dari cashier tu lepas dia tengok IC korang "maaf awk takblh masuk,awk tak cukup umur"woi!dah tau tempat tu untuk 21tahun ke atas,pergilah karaoke dekat tempat game yang kena masuk token tu!susah apa!

Kepada seisapa yang pergi KLCC,tak ada karaoke kan?so,haruslah nak naikkan market korang tu,korang pon lepak lah depan air pancut dekat taman KLCC tu,kononnya dapatlah famouskan diri korang dekat situ,dan oneday di kenali.comeon,situ banyak indon kot yang melepak,kepada sesiapa yang berdating,.apa lagi,pergi bahagian dalam taman KLCC tu,cari port baik punya,mulakan operasi,lepastu kena tegur dengan pak guard.

Last sekali,bila aku cakap last,aku memang cakap last,tapi untuk entri ni jela.Kalau korang tak ada aktiviti dah,dah habis idea dah ni,mesti nak menyemak depan entrance pavillion.apahal?sebab korang rasa lepak situ untuk orang-orang yang hot je.ohh pleaselah.Faham tak,foreigner dan orang yang tak macam korang nak lalu dekat situ!kalau korang ada share dalam pavillion tu aku tak kesah jugak,ni just nak tunjuk yang korang pernah datang pavillion.ohh my!aku dah banyak kali datang sana.takda plak aku nak menyemak dekat situ,dari korang buat semak dekat situ,apa kata pergi cari kerja,jadi cleaner dekat pavillion,sekurang-kurangnya korang ni ada jugak functionnya.

Dekat KL ni memang susah nak cari aktiviti yang lain daripada yang lain,so daripada tak ada dok mencanguk dekat tangga sogo,baik kita layankan ajaaa.

P/S:Sorrylah,entri aku yang ni,bunyi dia agak poyo sikit,tapi who cares?asalkan aku suka,cukup dan titik.

Tuesday 17 May 2011

Faker di Facebook




Bukak facebook je,tiba-tiba korang cakap "eh cam kenal je muka ni,.ni macam muka aku,tapi bila masa aku buat lagi satu profile ni?confius jap".Sila jangan jadi bingai,itu adalah faker anda,yang menyamar menjadi anda.
Setakat ni,belum ada lagilah yang sanggup nak gunakan picture aku untuk menjadi faker,sebab aku bukan hot pon kan.Sebelum tu,yang baca entry aku ni.tau tak masuk faker tu apa?menurut google translate yang tak berapa nak betul ni Faker bermaksud pemalsu,penyamar,sebut betul-betul ya anak-anak.F.A.K.E.R bukan F.*.*.K.E.R, huruf harus dikaburkan sebab budak bawah umur sedang baca blog aku ni.

Kalau nak diikutkan terlalu banyak faker dekat facebook ni,mereka sesuka hati je amek gambar orang lain dan claim itu adalah gambar mereka,know what?walaupun korang ada 900 friend requests,it doesnt mean that you are really famous,but 600 out of 900 nak jadi stalker terhebat korang dan just nak scroll gambar korang je,ada yang sesuka hati amek gambar korang dan simpan dalam laptop,dan the worst is,mengaku yang korang ni pasangan dia.macam mana tu?aku pernah kena sekali,kawan aku bagitau aku yang kawan dia curi gambar aku,bila kawan aku tanya dekat dia,"kau kenal ke dia ni?" dia cakap dia kenal aku..kawan aku tanya balik "nama budak ni apa?" dengan slumber dan yakin dia menjawab "nama dia siti and dia skandal aku" aku tak kenal dia langsung dan aku dapat tahu,dalam laptop dia ada berjuta-juta gambar awek awek dalam Fb,untuk koleksi dia,.aku taktau dia buat apa dengan gambar tu semua.

Sebelum seseorang menjadi faker,dia akan menjadi stalker terlebih dahulu,yela nak imitate korang haruslah tengok gaya bahasa korang semua kan tapi tak semestinya jugak,kadang-kadang they took our picture  via google image,dia nampak cute je,tu yang dia amik.

Tahu kenapa mereka ni suka sangat jadi faker korang?mesti korang tertanya-tanya kan?

Aku rasa salah satu sebabnya adalah mereka membenci korang,mungkin sebelum ni korang ada buat mereka ni sakit hati dan mereka dah berikrar nak jadi stalker dan faker korang,lagi baik dari mereka bomohkan korang kan?


Mungkin jugak yang mereka ni loser,pemalu atau takut untuk dedahkan diri sendiri,sebab mak dia dah pesan dah "jangan jual muka dekat facebook".okay tak lawak.I mean they insecure,tak yakin pada diri sendiri,sebab tu mereka amek gambar korang dan sebab tu ramai yang guna gambar artis korea sebagai default.MAYBE.

Ada jugak faker yang jadi faker korang,sebab dia nak kelirukan atau menggunakan profile korang untuk add orang yang dia tak suka,sebab korang kan hot,of course la,bila dia guna gambar korang dan add segala macam jenis orang,mereka akan approve,kalau faker guna gambar sendiri,mungkin orang tu tak approve.got it?


Ha,ni lagi satu yang korang kena berhati-hati dengan faker ni,aku takut mereka ni nak jatuhkan korang dan nak buruk-burukkan korang dekat orang lain.post status yang tak semena-mena,but kalau perangai korang pon dah sama buruk,tak dapatlah nak cakap apa.

Satu je kebaikan faker ni,dia dah famouskan korang,tapi dekat facebook jela kan.Tapi hati hatilah dengan semua social network,
tak kiralah facebook,myspace,tagged,friendster,semuanya tidak boleh dipercayai,Ia boleh menjadi tempat dapat musuh,dapat kawan baru,bergosip,tempat menunjukkan kelemahan sendiri dan dan tempat untuk Hackers menguji bakat mereka.

P/s:jangan sesuka hati approve orang yang tak dikenali,ataupun yang guna gambar kartun dan yang paling penting,jaga kelakuan ketika berfacebook.

Tapi ada jugak yang cakap,once we uploaded our pictures on internet,the pictures are automatically public ownership.betul ke?okay bye.

Saturday 14 May 2011

"dek,nanti kiteorang akan call adek balik okay"

"okay kak thanks"
pernah tak korang dengar ayat ni digunakan dekat mana-mana?pernah?sila refresh memory anda.bukan perbualan antara mak sedara dengan pak sedara.bukan yang itu.bukan yang ini.eh.,bukan jugak.bukan dan bukan.

Ini adalah perbualan diantara si peminta kerja dengan interviewer.HA.now you remember!Bila korang dengar perkataan keramat ni keluar dari mulut interviewer,harapan untuk korang mendapat kerja adalah amat tipis.Jangan percaya kalau dia cakap nak call korang balik,sebab memang dia takkan call,there are only 30% chances untuk interviewer call balik,dia try untuk sampaikan dekat korang dalam bahasa halus yang korang tak dapat kerja ataupun dalam bahasa kasarnya "kau ingat kau layak kerja dengan aku?pleaselah!sila blah sekarang!"Kepada yang tak reti bahasa,pasti harapan mereka setinggi gunung.

Pada student-student degree,yang dah grad diploma,korang cuti 4bulan kan?mesti taktau nak buat apa.sila cari kerja part time atau full time sekarang.jangan asyik makan tidur je.sebelum tu,meh aku bagitau korang perkara yang perlu korang consider sebelum walk in interview.




1.Jangan bawak kawan ramai-ramai untuk interview,memang taklah korang nak dapat.sebab interviewer takut korang bukan buat kerja tapi buat sesi mengumpat dekat belakang kedai sambil makan kuaci.


2.Please bawa gambar pasport,jangan sesekali korang lupa bawak benda yang satu ni,sebab dari situ,interviewer akan tengok kesungguhan dan kesediaan korang untuk bekerja dengan dia,ini kalau dia tanya "ada bawak gambar?"Tapi korang cakap "eh,lupa,saya baru nak tangkap gambar,jap eh.nak pergi tangkap sekarang" say byebye untuk kerja itu.eh eh,pen pon jangan lupa bawak ya.ingat tunjuk kesungguhan!sometimes simple things are important!


3.Sebelum melangkah keluar dari rumah dengan muka bangga sebab nak minta kerja dekat KLCC,check penampilan korang,baju,seluar,kemas atau macam penyanyi rock.korang nak minta kerja dekat kedai baby tapi pakai pakaian ganas,korang ingat ada ke mothers yang nak datang kedai tu?kalau anak dia ada,mesti anak dia menangis dulu tengok korang.Okay the points is pastikan pakaian bersih,sesuai dan macam orang nak minta kerja bukan macam orang nak minta penampar.


4.Kalau interviewer tanya "awak ada sedara mara,sepupu sepapat yang kerja dekat sini?" sila jawab "TIDAK" dengan muka confidence,supaya dia pon confidence nak amik korang kerja dekat mereka,haruslah mereka tanya macam tu,takut nanti bila korang kena buli,sikit-sikit nak mengadu dekat ayah korang.okay ini hanyalah contoh jika ayah korang kerja tempat yang sama dengan korang.Tapi korang got the point kan?


5.Bila dia tanya ada trasnsport tak nak datang sini,cakap je ada dan rumah korang dekat je dengan tempat kerja,walaupun transport yang korang gunakan adalah train dan transport yang dia maksudkan adalah kereta.



6.Dalam borang apply kerja tu,korang kena isi pengalaman kerja dan reason for leaving the jobs.Ha.ni lagi satu kesilapan yang selalu always dibuat oleh kita semua termasuk aku.sebenarnya jangan sesekali tulis reason for leaving tu,"study".sebab interviewer akan fikir lepas ni kita mesti akan tinggalkan kerja ni sebab study jugak.Lepas korang isi borang and dia tengok cuba dengar betol2 mesti dia akan cakap "dek,nanti kiteorang akan call adek balik okay"


7.Kalau dia suruh korang kerja shift malam,sila jawab "saya apa-apa pon boleh."jangan buat muka teragak-agak,nanti interviewer pon teragak-agak nak amek korang bekerja.



Aku menulis berdasarkan pengalaman aku lah basically,perkara yang pernah aku lalui dan kesalahan yang pernah aku buat.Dulu aku pernah kerja sebagai promoter celcom,promoter baju dekat ISetan,promoter accessories,waitress and clerk.Baru-baru ni,aku ada apply kerja dekat mark and spencer KLCC,baru aku perasan,berlaku diskriminasi kepada wanita bertudung,wanita bertudung kena kerja dekat bahagian belakang sekali,menjual baju dalam,seluar dalam.Mungkin dulu aku dapat kerja dalam ISetan,sebab aku free hair.Pernah dulu,aku teman kawan aku apply kerja,dia pakai tudung,know what interviewer tu cakap."kalau awak nak kerja dekat sini,awak kena bukak tudung awak tu.kalau tak,tak boleh kerja".WTF.Kenapa berlaku DISKRIMINASI kepada wanita bertudung di tempat kerja?Aku rasa kita buat kerja cekap dan sama je.well,inilah Malaysia..sekian.




p/s:Tips ini hanya boleh digunakan untuk yang nak apply kerja part timer,dan full timer promoter,waiter,and sekutu dengannya,bukan untuk apply kerja pengurus,setiausaha semua tu eh.jangan salah faham.bye(:

Wednesday 11 May 2011

kentut

kentut itu bagus.sebab apa?sebab mengeluarkan angin.eh jap.sorry eh kalau korang rasa post aku ni agak lucah atau menggelikan,tapi ini adalah fakta.pernah dengar tak orang selalu cakap,toksik jangan ditahan nanti boleh dapat penyakit.pernah tak?Mempertahankan udara di dalam perut akan meningkatkan penyakit jantung yang sekaligus menyebabkan risiko cancer di pembuluh makanan.kentut memang busuk pada orang yang membau,tapi untuk orang yang mengeluarkan kentut tu,adalah satu nikmat..Tapi pernah terfikir tak kenapa kentut tu busuk?meh aku jawab sebab ia mengandungi hidrogen sulfida dan belerang ataupon sulfur,makin banyak sulfur dalam perut korang tu,makin busukla hasilnya.Telur dan daging adalah penyumbang utama bagi bau busuk ni.ewwww..

Kentut tu adalah lumrah kehidupan manusia.tipulah kalau korang cakap korang tak pernah kentut seumur hidup,ataupun korang takpernah tau nak eja kentut camna,memang aku makan sideburn korang nanti.Sometimes,time tidur kita boleh terkentut,dalam bas,tengah online FB,time tengah berSMS,tengah tengok tv dan semua ni dibuat tanpa pengetahuan orang kiri kanan,senang cite,masa tu,kita sorang-sorang lah.kalau ada orang pon,slow je kita buat,tapi bila orang lain bau,mati-mati tak mengaku semalam korang ratah telur.haha:D
Nasib baik kentut tu tak berwarna,cuba bayangkan setiap orang megeluarkan warna yang berbeza?famouslah orang yang selalu kentut tu,sebab warna dia je yang keluar.:P

Kentut itu menandakan seseorang tu sehat dan normal,sedangkan haiwan pon boleh kentut,kalau manusia tak kentut maknanya dia tak normal.Tahukah anda,di negara omputeh sana,.bila orang kentut je,mereka akan cakap "good!".tapi dekat Malaysia ni mereka akan cakap."macam good good je budak ni.tak senonoh!"sebab tu ada yang tahan sampai sakit perut.

tapi tapi siapa yang selalu kentut tak bertempat dan tak berpada-pada tu,aku ada satu penyelesaian.sila dapatkan enzim betik yang bernama papain sebab ia bagus untuk insan macam korang.

Ada jugak yang mengatakan yang kentut ni boleh mengurangkan risiko cancer.wow!Hebatnya kuasa kentut ni kan.Aku baca,seorang doktor dari Perancis menyarankan semua wakyat perancis untuk memberanikan diri membuang gas yang tersimpan untuk mengurangkan risiko kanser,sebab kalau tahan je,nanti boleh menimbulkan komplikasi pada jantung.WOW !lagi sekali tapi kali ni dengan capslock tanda betul-betul teruja.



quote:
Kadang ketika Anda menangis, tak seorang pun yang menyedari linangan air mata Anda.

Terkadang ketika Anda amat sedih, tak seorang pun yang melihat kepedihan hati Anda.

Ketika Anda bahagia, tak seorang pun yang memperhatikan senyuman di bibir Anda.

Tapi, ketika Anda kentut ... semua orang menoleh ke diri Anda
.

:D
sekian.



p/s:masa lepas baca post aku ni,kentut lah banyak-banyak okay.tak salah,kalau dorang kata korang tak malu,suruh dorang baca post aku ni dan tanya kau tak pernah kentut ke?okay bye.

eh jap jap.satu je.jangan kentut semasa solat sebab:

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.

Tuesday 10 May 2011

A chocolote Ice cream cake for her

Walaupun aku tengok ramai dah post pasal hari ibu tepat pada 8may2011 tapi aku agak lambat dan walaupun mungkin pasal hari ibu ini sudah ketinggalan sebab tarikh hari ni bukan 8may2011,aku peduli apa.aku nak post jugak.(:




Nama mak aku Robiah Bt Noordin,lahir dekat seberang perai.Apa yang special tentang mak aku ni sampai aku sayang sangat dekat dia?sebab dia comel,kalau tak percaya sila baca link ini,kalau setiap kali aku baca link tu,mesti aku gelak sendiri,walaupun aku yang type sendiri,tapi aku rasa kelakar pulak.Oh.soalan lain,kenapa aku sayangkan dia walaupun dia garang gila?sebab dia yang melahirkan aku,kalau tak ada dia,tak adalah aku untuk menaip dan mencipta blog aku ni.Lagi satu yang membuatkan aku teringatkan dia sangat-sangat adalah,hari jadi aku,2orang abang aku dan mak aku berada di bulan yang sama,hari jadi aku 31.may,Mak aku 29May.Abang Nombor 2 aku 14may,Abang Nombor 1,13May.sweet kan?
selalunya untuk sambutan hari jadi,kami akan buat sekali je,sebab meriah.eyyy.tak sabar aku nak tunggu sebab sekarang dah bulan may kan kan?huhu.

Hari sabtu,7may2011,aku ada final paper security pada jam 2.15 sampai 5.15,masa aku tengah jawab exam tu,hati aku berkobar-kobar nak balik Gombak.Yela aku stay dekat shah alam dengan member2 aku.Bila exam dah habis je,aku terus pecut lalu duke dengan kelajuan 130.hehe.tak laju kan?ni kalau mak aku tahu,mampus aku.haha:D
gambar takde kene ngene dengan entri ini

Sampai je dekat gombak,aku decide nak beli cake untuk mak aku,so aku pergilah Kedai cake king,memang ramai gila customer,yang paling ramai cina dan india,aku rasa aku sorang je melayu.Then aku tanyalah harga untuk cake mother's day special berapa.kau tahu berapa?RM78.00.Secret recipe pon tak macam tu kot.aku ni dahlah miskin,so aku decide lah untuk beli pistachio cake half KG je.tuhpon RM38.00.ahhh bantai jela demi mak aku.tiba-tiba aku teringat yang aku ada king member's card  and sekarang ni bulan 5,their rule is,"barangsiapa yang ada members card dan harijadinya jatuh pada bulan tersebut,maka dia boleh beli cake 1KG dengan half price,hari hari beli pon takpe,tapi mesti bulan hari jadi.".ha.ape yang slow sangat aku ni,cancel half kg,aku hamek 1kg terus.teka berapa harga dia?malas nak teka?FINE!dari RM72.00 becoming RM36.00.dahlah 1KG of chocolate icecream cake for RM36.00berbaloi baloi kan?

bored with sponge cake?try this one!



dipendekkan cerita,aku sampai rumah dalam pukul 9.00 malam,tapi yang aku bengang mak aku tak ada dekat rumah,demm!aku baru nak buat surprise dari luar ketuk pintu pastu cakap surprise kat mak aku macam eric leong.haihhh.bila adik aku call ayah aku,rupanya mereka dekat sungai buluh,saudara aku kawen,terpaksalah aku tunggu mereka balik sampai pukul 11.00 malam.

Aku dengar je bunyi kereta mak aku,.terus aku kelam kabut hamek cake dan bunga,bila dia bukak pintu je.aku cakap "mak,happy mothers day.ha suka tak suka tak?"haha.aku siap pesan lagi dekat mak aku."happy mothers day mak,semoga panjang umur.and takmau garang2 lagi eh?"heheh:P

dya,gambar ko wat surprise mana?gambar?time ni aku tak pakai tudung,pakai kain batik serta baju lusuh.malu.so no gambar.lalala:D

so delicious.yummm
adik aku pulak terlebih excited sebab dia tak sabar nak makan cake tu.dahlah first time aku nak merasa cake ice cream.kesian kan aku.uhuhu^_^"
Tiba-tiba ayah aku tanya kat aku,"untuk ayah takde ke?"alamak ayah aku ni.ofcourse la hari bapa nanti kita beli benda lain pulak untuk ayah,takbleh jeles2 dengan mak eh.jom potong cake dengan mak tau ayah!

psangan secocok selamanya.

Aku just nak tunjukkan penghargaan aku pada mak aku yang tak pernah sekali buang aku dari hidup dia walaupun aku ni anak yang sangat nakal.perhatian!aku memang sangat nakal berbanding adik beradik aku yang lain.terima kasih mak!

abang num2,mak,aku,adik last.jap apsal aku nak gelak ni?

p/s:cepat2!jadi ahli king!tak rugi!dapat voucher yang banyak lagi!sedap dan murah!ayuh!:)


 seriously anda tak akan menyesal memilikinya!Apply now!

Saturday 7 May 2011

Aku benci kalau terima SMS macam ni

Hari ini entry aku bukan nak marah orang ke apa.tapi kalau korang dapat message macam ni mesti korang akan bengang jugak kot.Takdelah lagi lagi kalau tengah tension pastu dapat message yang merepek.bukan namanya mintak penapak ke tu.
okay nak pesan awal-awal,entri kali ni tak ada gambar sebab semua orang tau bentuk handphone macam mana dan cara nak type message camne.takkan aku nak tunjuk jugak.hehe

1.k

kita message dia punyalah panjang,sampai dua message,tapi yang dia balas k je?mana huruf-huruf lain,dah hilang ke?ke huruf k je yang wujud dalam dunia ni?ataupun dia tak sempat kenal huruf lain kot.


2.takde watpe

haih.ni lagi satu kita tanya dia tengah buat apa tuh?dia jawab takde watpe pon.habis yang dia balas message kita tu apa?still tak buat pape lagi?;)

3.kita:ko kat mane?

  dia:rumah

  kita:dah makan belum?

  dia:dah

pergh ni boleh buat kita menyirap jugak sebab kita tanya berpatah patah,tapi dia jawab sepatah je untuk setiap soalan.

4.kita:man,aku nak ajak kau pergi karaoke ni.jom?

        5 jam kemudian....

dia:ha?taknak lah

HA?berjam jam baru nak balas message kita.perghh buatnya benda tu penting camna plak?okay contoh yang aku bagi tu tak penting untuk korang,tapi penting untuk aku sebab aku suka karaoke.haha:PP



5. kita:wey man,tadi kau pergi hangout ngan sapa?
    dia: aku hangout dkat pavillion.
Ha,ni lagi sorang yang tak faham soalan.kita tanya lain tapi dia jawab lain,konsep soal jawab ni adalah bila kita tanya,dia kena jawab soalan tu dengan tepat dan sesuai dengan soalan ye.Biasanya jawapan aku pada contoh di atas adalah "Aku tanya kau hangout dengan siapa,.bukan dekat mana.paham?"


6.buat-buat tersalah hantar message
yang ni memang sangat common lah kot.terutamanya untuk orang yang baru putus,si lelaki konon-konon tersalah hantar message dekat si perempuan lah "hai awak,leh kenalan tak?sy bru je putus ni.sedih."padahal sebenarnya message ni memang si lelaki nak bagi dekat si perempuan ,nak bagi si perempuan jeles dan balas message tu "ha?apa awk ni?awk nak kenal dengan siapa?awk slh hantar msg la.herm.bru ptus dengan sy,dah nak kenal ngan pmpn len.sampai hati awk"

Salah hantar message tu adalah salah satu cara seseorang untuk memulakan perbualan .ahahah.cara ni bagi aku adalah sangat coward dowh..mengaku jela rindu.kan senang.:P

 
7.phone sex berabang-abang
yarks.geli mak kalau tiba-tiba ada orang hantar message sunyi,tolong teman abang.nak jumpa.awak comel,mana dia tau kita comel?jumpa pon belum.yarkksss


8.message dari celcom,maxis,digi,push message
yang ni paling dibenci sebab dalam fikiran bila bunyi handpone sebanyak 5kali,mesti message dari kawan,yelah bajet famous lah banyak message.
.tapi rupanya message dari celcom,digi,maxis.cis,aku tak famous rupanya,aku terpedaya!




P/S:taktaulah kalau korang tak sakit hati bila dapat message macam ni.mana tau korang suka ke.hehe.okaylah.toodles(:

Tapi orang cakap itupun bagus dapat message dari takde sapa nak message kita.okaylah toodles lagi sekali.

apa-apapon aku still sakit hati jugak.hee:P

Wednesday 4 May 2011

bernikah dan bersanding di masjid

Entri ini adalah hanya mengikut pandangan mata kasar aku dan hanya mengikut pemerhatian serta pengalaman aku sendiri,bukan pengalaman orang lain.Mungkin korang semua ada pendapat yang berlainan dari aku.
Pada aku,sekarang ni memang semua orang nak bernikah di masjid ataupun surau dan kalau boleh mereka nak bersanding terus dekat situ,jimat dan berkat katanya.




Tak salah untuk buat akad nikah dekat dalam masjid,asalkan menjaga tatasusila yang telah ditetapkan,contohnya menutup aurat,jangan beregelak ketawa hu ha hu ha dalam masjid macam masjid tu rumah kita pulak.Tapi bila aku tengok sekarang ni macam-macam dah berlaku dalam masjid.Cukup dengan tengok tetamu yang datang ke masjid itu sendiri.
Masa majlis akad nikah berlangsung,aku tengok pihak keluarga yang teman anak dorang benikah pulak lebih-lebih,ada yang pakai baju jarang yang macam baju kebaya indon tu,ada yang tak pakai tudung,kalau taknak pakai tudung,pakailah selendang,ini tak,alasan dia,datang dari jauh,taktau pon yang majlis akan berlangsung dalam masjid.haaa tuhla bak kat mak aku,lain kali bawak tudung spare dalam kereta ye!.(:


cantik tali hitam tu.hee:P


Si pengantin pulak bila dah berakad nikah tu,ucap alhamdulillah,tapi bila si photographer cakap "bang,posing peluk bini abang tu,okay kiri sikit,rapat sikit.haa.okay set!"klik,tangkap gambar bermacam gaya,padahal dalam masjid ni.Nak tangkap,posing-posing bagai luar masjid lah der.jangan dalam masjid,tak elok dipandang orang.Kalau dah lepas akad nikah tu,elok keluar terus dari masjid dan terus ke rumah pengantin kalau nak posing sakan.

gambar hanya hiasan ye


Lagi satu,selalunya,persandingan berlaku lepas zohor kan?mendirikan masjid dalam masjid,dah bagus,tapi adakah ketika itu masjid digunakan oleh si pengantin dan tetamu untuk solat zohor?huhu.tak dapek den nak jawabnya.

aku bawak korang untuk membaca pengalaman aku pulak.
Tahun lepas,aku teman ayah dan mak aku pergi kenduri kawen anak kawan ayah aku.Tahun lepas aku masih tak pakai tudung lagi macam sekarang ni.Time tu aku jadi driver,bila ayah aku suruh masuk kanan,kiri,semua aku ikut,sampai je satu tempat tu,ayah aku suruh masuk satu pintu gerbang yang sangat besar,aku masuk jela.Bila dah parking baru aku perasahn yang tempat aku pergi itu ialah masjid negeri.Rupanya dieorang buat kenduri dalam masjid negeri.Dalam hati aku cakap,nasib baiklah aku pakai baju kurung,masa aku berjalan nak menuju ke masjid tu,aku perasan semua orang tengok aku,sampai je dekat pintu utama masjid,aku kena tahan dengan mak guard,eh aku memang anti dengan makguard Uitm ke,makguard shopping compleks ke,eh boleh kata semua lah.Mak guard tu tahan aku "adek,awk takboleh masuk majlis.sebab awk takpakai tudung."perghh sentap aku dekat situ gak.nak mengalir air mata aku.dahlah dia cakap depan orang ramai,malu aku.Tapi makguard bagi satu penyelesaian,dia suruh aku pakai tudung yang ada lambang masjid depan tudung tu,at last.aku menangis jugak sebab malu sangat dengan semua orang yang nampak tu.Aku berpaling and jalan sorang2 depan orang ramai sambil menangis then aku duduk dalam kereta selama 1jam,aku buat keputusan untuk tak pergi majlis tu. dan aku biarkan mak dan ayah aku je pergi.

pengalaman aku yang kedua adalah apabila aku tak pakai tudung jugak semasa sedara aku akad nikah.imam masjid tu pandang aku baikkk punya.hahaha:P

Masa tu,memang aku akui,aku bodoh dan jahil dalam bab agama,bila fikir balik,aku malu bukan sebab kena tegur tapi aku malu dengan diri aku sendiri,aku telah hilangkan kesucian masjid.

so,kita doa untuk dijauhkan daripada perkara yang dimungkar olehNYA,wallahualam.aku taknak cakap banyak-banyak sebab aku sendiri masih berlajar daripada kesilapan lalu.
assalamualaikum(:

P/D: renung-renungkan dan selamat beramal!

Sunday 1 May 2011

apa salah si gula-gula dan si 24:7?

Aku rasa sudah ramai blogger yang cakap pasal hal ni.Jadi aku pon tak nak ketinggalan memberikan komen untuk gula-gula dan 24:7.Aku bukan nak menghentam mereka tapi aku sekadar memberikan suatu pendapat yang ikhlas(:

kepada sesiapa yang tidak mengenali gula-gula dan 24:7,mereka ini adalah kumpulan KPOP pertama di malaysia gamaknya.Pertama?aku tak bangga pon.hahahha:PP
Jujur aku bagitau korang,aku ni tak minat genre korea walaupun aku akui mereka ni agak kiut,tapi aku lagi suka omputih dan orang melayu kita,lagi satu,aku tak suka mata sepet,eh suka hati aku lah.blog aku kan?hehe.takdelah.ni sekadar pendapat je,aku tau korang ada pendapat yang lain.Kenapa KPOP famous sangat sekarang ni?sampai Erul dalam AF9 pon sibuk dok promote tagline dia "makanlah sayo".HAHA:DDD
Kalau korang ada astro channel HITZ pon ada segmen untuk lagu korea dan jepun sahaja.

yela,aku akui aku ni slow sikit bila orang dok cakap pasal group dari korea,ataupun namanama mereka.Pernah sekali kawan aku cakap,"wey suju nak buat konsert dekat malaysia",aku dengan muka blur cakap"suju?apa tu?",rupanya suju tu singkatan untuk super junior,so pengajarannya dekat sini,tolong jangan cerita apa-apa dekat aku pasal korea,sebab aku memang takpernah tau apa-apa pon.hahah:P

Kumpulan 24:7 ni.herm..aku taktaulah aku rasa nak gelak tengok gaya dieorang ni,macam terdesak nak jadi artis je,nama group mereka ni mesti mereka ambil ilham dari kumpulan korea yang berlandaskan masa jugak,contohnya 2minutes,2pm.Aku syak mesti 24:7 ni fikir,kumpulan 2minutes ni mesti peminat mereka akan ingat mereka selama 2minutes je,kalau nama kumpulan 2pm,hanya setiap pukul 2petang je peminat mereka akan ingat mereka,so jom kita buat nama kumpulan yang peminat akan ingat selama-lamanya.tadaaaa.jadilah 24:7.
2pm from korea

oppa!oppa!hahah:DDD
first aku tengok gambar ni dalam fikiran aku adalah,bapok ke ni?
 dan dan,posing apa yang mereka cuba lakukan ni??




Gambar siapa yang boleh diterima akal anda?judge it.
wekkkk!comel la tuh kan kan.yang buat love tu,alalalla.sweetnye
superjunior

Kumpulan gula-gula pulak,semuanya adalah perempuan as you can see,aku taktaulah kalau antara semua ni,ada yang bukan perempuan.Mungkin kumpulan ni,muka ada iras-iras wanita korea.tapi come on man..still.,they dont have their own identiti!ececeh:P so janganlah marah kalau sekali lagi ada negeri lain selain indonesia cakap,kita mencuri identiti negara orang.:)

coming soon?eyy.tak sabar I nak tunggu !(:


klip video?so far dorang tak ada lagi klip video.tapi video ni ada.sila layannnnnn



Apa lagi kawan-kawan?save image 24:7 dan gula-gula ni,jadikan wallpaper dekat desktop dan Handphone anda dengan segera!


okaylah toodles.
P/S:hentikan semua ni wahai gula-gula dan 24:7,elok korang masuk raja lawak lah sebab berjaya buat kami gelak.hee:P